Simple Search:

Sistem ejaan jawi dan kosa kata pada batu bersurat piagam Terengganu.


Citation

Abdul Aziz, Adi Yasran and Jumaat, Nurhidayah (2010) Sistem ejaan jawi dan kosa kata pada batu bersurat piagam Terengganu. Jurnal ASWARA, 5 (1). pp. 3-17. ISSN 1985-2606

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan sistem tulisan Jawi dan kosa kata yang terdapat pada batu bersurat piagam Terengganu yang bertarikh 702 H / 1303 M. Walaupun terdapat banyak kajian yang dijalankan terhadap batu bersurat ini namun masih terdapat banyak perselisihan pandangan tentang transliterasi dan tafsiran yang tepat terhadap beberapa kosa katanya yang tertulis padanya. Bagi mengatasi masalah ini satu kajian tentang sistem ejaan Jawi dan perbandingannya dengan sistem tulisan Jawi baharu dan analisis kosa kata berdasarkan makna teks dan konteks telah dilakukan pada batu bersurat ini. Hasilnya didapati bahawa tulisan dan ejaan Jawi pada batu bersurat ini sudah mempunyai sistemnya yang tersendiri yang mempunyai banyak persamaan dengan ejaan sekarang walaupun kosa katanya masih banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan Arab sesuai dengan bahasa Melayu kuno. Transliterasi tulisan Jawi ke Rumi dan tafsiran terhadap beberapa kosa kata yang sukar difahami juga telah dilakukan dengan beberapa pindaan dan penambahbaikan daripada kajian sebelum ini sekali gus menjawab beberapa permasalahan yang timbul sebelum ini.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Sistem ejaan jawi dan kosa kata pada batu bersurat piagam Terengganu.pdf

Download (84kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Islamic inscriptions - Malaysia - Terengganu.
Subject: Inscriptions, Malay - Malaysia - Terengganu.
Subject: Jawi alphabet.
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
Keywords: Batu bersurat piagam Terengganu; Sistem tulisan jawi; Leksikologi; Filologi; Bahasa Melayu kuno.
Depositing User: Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 20 Feb 2012 03:18
Last Modified: 04 Nov 2015 08:15
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16732
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item