Simple Search:

Revolusi seksual: penelitian terhadap laporan penyelidikan Alfred C. Kinsey, penginstitusian dan kesannya kepada fahaman seksualiti masyarakat barat


Citation

Abd Rani, Mohd Zariat (2002) Revolusi seksual: penelitian terhadap laporan penyelidikan Alfred C. Kinsey, penginstitusian dan kesannya kepada fahaman seksualiti masyarakat barat. Akademika, 61. pp. 111-128. ISSN 0126-5008

Abstract / Synopsis

Kehadiran data penyelidikan saintifik yang dilakukan oleh Alfred C. Kinsey tentang seksualiti manusia ini dianggap penting lantaran kebanyakan aspek yang lahir daripada kajian ini dikatakan memberi kesan yang signifikan terhadap fahaman dan amalan seksualiti masyarakat Barat. Justeru, perubahan fahaman dan amalan seksualiti Barat daripada yang bersifat konservatif kepada yang bercorak permisif ini turut ditanggapi oleh beberapa pihak sebagai satu hasil yang lahir daripada proses bikinan sosial. Hakikat ini juga banyak mengambil kira proses penginstitusian yang rata-rata dilakukan oleh beberapa buah organisasi sosial dan akademik dalam usaha memperagakan fahaman serta amalan seksualiti baru bagi masyarakat Barat yang permisif. Bertolak daripada kesignifikanan data saintifik tentang perlakuan manusia yang diterbitkan oleh Kinsey ini, makalah ini akan meneliti proses penginstitusian yang dikatakan dilakukan terhadap data-data tersebut serta mengamati kesannya terhadap fahaman seksualiti Barat.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
16570.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Sexual beliefs and practice; Conservative; Permissive; Social construction
Depositing User: Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 22 Feb 2012 08:41
Last Modified: 23 Aug 2017 13:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16570
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item