UPM Institutional Repository

Peranan dan cabaran mahasiswa melestarikan Gagasan 1 Malaysia.


Citation

Sarjit Singh Gill, and Charanjit Kaur, (2010) Peranan dan cabaran mahasiswa melestarikan Gagasan 1 Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 2. pp. 105-118. ISSN 2180-1649

Abstract

Perpaduan dan integrasi nasional merupakan agenda utama kerajaan Malaysia terutama pemimpin negara sehingga hari ini. Pelbagai slogan, moto dan cogan kata serta program telah dianjurkan bertujuan mengeratkan perpaduan dan hubungan antara kaum melalui pelbagai dasar yang direncana. Rakyat Malaysia wajar memainkan peranan aktif dan positif sebagai ejen dalam mengurangkan konflik antara kaum di satu pihak dan meningkatkan perpaduan negara di satu pihak lain. Negara kita, Malaysia amat bertuah kerana memiliki kekayaan pelbagai budaya, agama dan bahasa. Gagasan 1 Malaysia anjuran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak member perhatian kepada “Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan”. Apakah belia terutama mahasiswa Malaysia memahami amanat Perdana Menteri ? Apakah peranan dan cabaran yang perlu diberikan perhatian oleh golongan belia terutama mahasiswa dalam usaha mereka melestarikan gagasan murni ini? Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan peranan mahasiswa dan cabaran yang bakal ditempuhi dalam melestarikan Gagasan 1 Malaysia.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Keywords: Unity; Integration; Youth; Students; 1 Malaysia.
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 05 Mar 2014 08:46
Last Modified: 05 Mar 2014 08:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16101
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item