Simple Search:

Penyesuaian dalam kalangan pelajar baharu di Universiti.


Citation

Abdullah, Maria Chong and Elias, Habibah and Mahyuddin, Rahil and Uli, Jegak (2009) Penyesuaian dalam kalangan pelajar baharu di Universiti. Malaysian Education Deans' Council Journal, 3 ( ). pp. 1-20. ISSN 1511-8959

Abstract / Synopsis

Penyesuaian dalam kalangan pelajar baharu di universiti memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan mereka di universiti. Kajian lalu menunjukkan salah satu punca pelajar gagal menyempurnakan pengajian mereka adalah disebabkan oleh masalah penyesuaian. Pelajar ini didapati tidak dapat menangani pelbagai cabaran dan tuntutan di kampus lalu mengalami pelbagai masalah penyesuaian sehingga ada di antara mereka yang gagal meneruskan pengajian ke semester yang seterusnya. Penyesuaian di universiti merangkumi empat dimensi iaitu: penyesuaian akademik, penyesuaian sosial, penyesuaian peribadi-emosi, dan dimensi komitmen matlamat/perapatan institusi. Keempat-empat dimensi penyesuaian ini dapat diukur dengan menggunakan Soal Selidik Penyesuaian Pelajar di Universiti yang dibina oleh Baker dan Siryk (1999). Keupayaan menyesuaiankan diri di kampus mempunyai hubungan dengan keupayaan psikososial yang dimiliki oleh pelajar. Antara keupayaan psikososial yang mempunyai impak yang positif dan penting ke atas penyesuaian pelajar ialah kecerdasan emosi, daya tindak, dan sokongan sosial. Ketiga-tiga keupayaan psikososial ini didapati memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar melaksanakan penyesuaian di universiti. Justeru, pihak universiti harus mengambil langkah yang proaktif untuk memupuk keupayaan kecerdasan emosi, daya tindak, dan sokongan sosial dalam kalangan pelajar baharu untuk meningkatkan tahap penyesuaian mereka.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Penyesuaian dalam kalangan pelajar baharu di Universiti.pdf

Download (85kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Malaysian Education Deans' Council
Keywords: Adjustment; Students; University.
Depositing User: Emelda Mohd Hamid
Date Deposited: 05 Mar 2014 08:12
Last Modified: 25 Nov 2015 07:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16100
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item