UPM Institutional Repository

Penentuan kandungan dan penilaian risiko kesihatan hidrokarbon polisiklik aromatik dalam tisu ikan dari Pulau Perhentian, Malaysia


Citation

Sim, Khay Tien and Lee, Yook Heng and Abd. Ghaffar, Mazlan and Zakaria, Mohd. Pauzi and Surif, Salmijah (2010) Penentuan kandungan dan penilaian risiko kesihatan hidrokarbon polisiklik aromatik dalam tisu ikan dari Pulau Perhentian, Malaysia. Sains Malaysiana, 39 (2). pp. 219-226. ISSN 0126-6039

Abstract

Kandungan hidrokarbon polisiklik aromatik (PAH) dalam tiga spesies ikan yang berbeza tabiat pemakanan dan habitat, iaitu Lolong (Selar boops), Kerisi (Nemipterus peronii) dan Mengkarong (Trachinocephalus myops) dari luar pantai Pulau Perhentian, Malaysia ditentukan. Tiga individu daripada setiap spesies dipilih secara rawak dan kandungan 10 sebatian PAH diukur, iaitu fenantrena, antrasena, fluorantena, pirena, benzo(a)anthracene benzo(a)antrasena, krisena, benzo(a)fluorantena, benzo(k)fluorantena, benzo(e)pirena dan dibenzo(a,h)antrasena dalam otot ikan ditentukan. Pengekstrakan PAH menggunakan kaedah Soxhlet dan kandungannya diukur dengan kromatografi gas - spektrometri jisim (GC-MS). Jumlah PAH dalam tisu ikan yang dikaji adalah pada julat 17.89 – 42.18 ng/g berat basah dan 393.98 – 511.07 ng/g mengikut berat lipid. Kandungan PAH dalam tisu jenis ikan menurut berat basah adalah Mengkarong (42.18 ng/g)> Lolong (25.61 ng/g)> Kerisi (17.89 ng/g), sementara menurut berat lipid ialah Kerisi (511.07 ng/g)> Mengkarong (409.50 ng/g)> Lolong (393.98 ng/g). Otot Kerisi mengandungi kandungan lipid paling sedikit, iaitu 3.5 % berbanding dengan Lolong (6.5 %) dan Mengkarong (10.3 %). Tidak ada penumpukan PAH yang jelas dalam lipid tisu ikan (kolerasi Pearson, p>0.05) dan ketiga-tiga spesies ikan tidak menunjukkan kandungan PAH yang berbeza (ANOVA, p>0.05). Berdasarkan kadar pengambilan ikan pada 142.2 g/hari, pengiraan kepekatan potensi setara (PEC), iaitu nilai potensi karsinogenisiti sebatian PAH, ketiga-tiga spesies ikan adalah pada julat 0.41 – 0.63 ng/g berat basah. Nilai ini lebih rendah daripada nilai garis panduan yang ditetapkan oleh USEPA, iaitu 0.67 ng/g berat basah.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Environmental Studies
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Fish tissue; Polycyclic aromatic hydrocarbon; Health risk assessment; Perhentian Island
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 30 Jul 2015 08:32
Last Modified: 30 Jul 2015 08:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16071
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item