Simple Search:

Pendekatan sosioterminologi dalam pengistilahan seni kraf Melayu


Citation

Mohamad, Hasnah and Mohd Kiram, Norazlina (2010) Pendekatan sosioterminologi dalam pengistilahan seni kraf Melayu. Rampak Serantau, 17.

Abstract / Synopsis

Istilah biasanya terbentuk dalam pelbagai sekitaran, seperti di dalam makmal penyelidikan, bengkel pembuatan, pejabat, atau dalam sebarang situasi apabila manusia memerlukan suatu pernyataan baharu. Bidang seni kraf secara umumnya memperlihatkan penciptaan istilah yang disertai inovasi saintifik dan teknologi dalam satu komuniti linguistik, dan bukannya penciptaan istilah berserta pemindahan ilmu saintifik dan teknologi daripada satu komuniti kepada satu komuniti lain. Justeru, sebahagian besar istilah seni kraf didapati terbentuk secara spontan oleh masyarakat setempat. Kajian ini menggunakan pendekatan sosioterminologi yang menegaskan bahawa pembentukan istilah dipengaruhi oleh bidang sesuatu istilah, keadaan tabii manusia yang terlibat dan asal usul rangsangan pembentukan istilah. Menurut Temmerman (2000), sosioterminologi ialah bidang yang mengkaji tentang terminologi dalam masyarakat bahasa yang sebenar. Sesuai dengan kaitannya dengan masyarakat pengguna sebenar, kajian ini lebih bersifat deskriptif. Sosioterminologi diperkenalkan dalam peristilahan untuk menjawab beberapa persoalan yang selama ini tidak terungkaikan oleh teori konsep atau teori tradisional peristilahan. Sejumlah kira-kira 2000 istilah seni kraf Melayu daripada sepuluh subbidang dianalisis menggunakan pendekatan sosioterminologi. Kajian menunjukkan bahawa pengistilahan seni kraf Melayu sebahagian besarnya memanfaatkan bahasa Melayu sebagai sumber, baik bahasa yang terdapat dalam alam Melayu sendiri, iaitu dialek-dialek Melayu, bahasa Melayu Klasik, atau bahasa serumpun. Hanya sebahagian kecil sahaja kata yang diserap dari bahasa-bahasa yang datang dari luar. Setiap sumber istilah bahasa Melayu tersebut mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dari segi inventori ilmu dan pengalaman peradabannya.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Pendekatan sosioterminologi dalam pengistilahan seni kraf Melayu.pdf

Download (84kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Keywords: Craft; Term; Socio-terminology; Formation of term
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 25 Sep 2015 08:48
Last Modified: 21 Oct 2015 04:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16069
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item