UPM Institutional Repository

Penguasaan sebutan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA Malaysia


Citation

Ng, Chwee Fang (2019) Penguasaan sebutan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA Malaysia. Jurnal Linguistik, 23 (1). pp. 1-15. ISSN 1823-9242

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penguasaan sebutan bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah institusi pengajian tinggi awam Malaysia. Seramai 40 orang pelajar Cina yang mengikuti Kursus Kemahiran Bahasa Jepun Tahap III telah dipilih sebagai responden kajian ini. Mereka merupakan pelajar Cina yang berlatar belakang bahasa Cina, iaitu berpendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Cina ketika berada pada tahap sekolah rendah. Secara umumnya, pembelajaran bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina dikatakan lebih mudah jika dibandingkan dengan pelajar bukan Cina. Ini kerana tulisan Kanji bahasa Jepun berasal dari tulisan aksara Cina, Hanzi (Wang, 1995). Malahan, sesetengah sebutan bahasa Jepun mirip dengan sebutan bahasa Cina sedangkan mereka berkongsi aksara Cina yang sama. Satu ujian menulis telah diberi kepada responden untuk menterjemahkan kata adjektif bahasa Inggeris kapada bahasa Cina dan bahasa Jepun. Untuk membanding sebutan kedua-dua bahasa Cina dan bahasa Jepun, responden dikehendaki menulis jawapan dalam sebutan 汉语拼音(Hànyǔ Pīnyīn) bagi bahasa Cina manakala sebutan ローマ字(Romaji) bagi bahasa Jepun. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa keputusan responden bagi menjawab dalam sebutan bahasa Jepun adalah lemah jika dibanding dengan menjawab dalam sebutan bahasa Cina. Untuk membuktikan sama ada terdapatnya perbezaan yang signifikan antara menjawab soalan dalam sebutan Cina dan sebutan Jepun, analisis Ujian T (Paired Sample T-Test) telah dijalankan. Setelah data kajian dianalisis dengan menggunakan Ujian T dalam program perisian SPSS, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan antara pengguasaan sebutan Cina dan sebutan Jepun. Dapatan kajian ini juga telah menunjukkkan bahawa pengetahuan bahasa Cina tidak membantu pelajar Cina dalam pembalajaran bahasa Jepun seperti yang dijangkakan. Malahan, perbezaan sebutan yang terdapat dalam kedua-dua bahasa tersebut telah menyumbang kepada permindahan negatif (negative transference) semasa mempelajari sebutan bahasa Jepun oleh pelajar Cina. Di sini terbuktilah teori Lado yang menegaskan bahawa “...unsur-unsur yang sama dengan bahasa natif akan menjadi mudah bagi pelajar, manakala unsur-unsur yang berbeza akan menyulitkan pelajar...” (1957: 2).


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penguasaan sebutan kata adjektif bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Cina di sebuah IPTA Malaysia.pdf

Download (288kB) | Preview
Official URL or Download Paper: https://jurnal.plm.org.my/?page_id=274

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Mastery; Pronunciation of Japanese; Chinese students; Hanyu Pinyin; Romaji
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Oct 2019 08:39
Last Modified: 07 Oct 2019 08:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15825
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item