UPM Institutional Repository

Cerita jenaka Melayu suatu manifestasi watak dan perwatakan positif


Citation

Ismail, Muhammad Safuan and Abu Bakar, Roslina and Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah (2018) Cerita jenaka Melayu suatu manifestasi watak dan perwatakan positif. Jurnal Melayu Sedunia, 1 (1). pp. 296-329. ISSN 2637-0751

Abstract

Cerita jenaka Melayu merupakan salah satu daripada jenis cerita rakyat yang memaparkan watak dan perwatakan lucu sehingga menghiburkan audiens. Kajian terdahulu mengenai cerita jenaka Melayu menghasilkan tanggapan bahawa masyarakat Melayu dianggap lurus, jumud, bodoh, taat pada raja secara membuta tuli, tidak bertamadun, tidak pandai berfikir. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menyanggah pendapat tersebut dan membuktikan bahawa cerita jenaka Melayu ditunjangi oleh watak dan perwatakan positif seperti ringan tulang, menurut perintah, berani dan berdikari. Kajian ini merujuk kepada sumber primer iaitu cerita jenaka Melayu bertajuk Awang Lurus, Pak Pandir, Pak Kaduk dan Si Luncai. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu memperlihatkan watak dan perwatakan positif yang terkandung dalam cerita jenaka Melayu. Kedua, menganalisis watak dan perwatakan positif berdasarkan pendekatan Psikologi Humanistik. Penganalisisan adalah mengaplikasikan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan yang disesuaikan dengan lima prinsip pendekatan Psikologi Humanistik iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan akan harga diri dan keperluan mencapai kesempurnaan diri.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Cerita jenaka Melayu suatu manifestasi watak dan perwatakan positif.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Keywords: Malay humorous tales; Character; Characteristic; Positive
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Oct 2019 08:32
Last Modified: 07 Oct 2019 08:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15633
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item