UPM Institutional Repository

Keusangan bahasa Orang Asli dan peribumi Malaysia: impak terhadap bahasa melayu.


Citation

Yusop, Mohd Sharifudin (2009) Keusangan bahasa Orang Asli dan peribumi Malaysia: impak terhadap bahasa melayu. Jurnal ASWARA, 4 (2). pp. 113-124. ISSN 1985-2606

Abstract

Dari segi etnolinguistik, penduduk Malaysia dikategorikan kepada kaum Bumiputera yang terdiri daripada suku-suku kaum Melayu di Semenanjung Malaysia, kaum Peribumi yang terdiri daripada suku-suku kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan puluhan suku kaum di Sabah dan Sarawak, serta kaum Cina dan India. Selain itu terdapat juga sebilangan kecil kaum berketurunan Siam di bahagian utara Semenanjung Malaysia, dan kaum peranakan Cina, India dan Portugis, juga di Semenanjung Malaysia. Kesemua kaum ini boleh dicirikan melalui bahasa ibunda atau bahasa pertuturan mereka dalam mandala keluarga dan mandala sosial seperti kejiranan, keagamaan, dan kemasyarakatan. Makalah ini akan mengupas lebih lanjut tentang krisis keyakinan yang melanda bahasa Melayu dengan membuat rujukan khusus kepada usaha pengemblengan dan pendinamikan bahasa Orang Asli dan Peribumi Malaysia sebagai sumber penyelamat bahasa Melayu. Data dan maklumat diperoleh menerusi tinjauan literatur dan kajian lapangan yang dilakukan mulai 2000 dan berlangsung sehingga Disember 2009. Pemakalah memberi tumpuan kepada pencarian dan pengemblengan leksikal dan usaha pemasyarakatan yang dilakukan. Dalam memperjelaskan hal itu, makalah ini turut menyorot beberapa variabel yang menggugah bahasa Orang Asli dan Peribumi Malaysia sehingga membawa kepada status obsolesensi dan impak langsungnya terhadap bahasa Melayu.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Keusangan bahasa Orang Asli dan peribumi Malaysia.pdf

Download (83kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Malay languages - Malaysia - History and criticism.
Subject: Indigenous peoples - Language.
Subject: Malaysia - Native races - Languages.
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.
Depositing User: Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 23 Feb 2012 01:14
Last Modified: 04 Nov 2015 03:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15385
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item