UPM Institutional Repository

Inventori vokal dialek Melayu Kelantan: satu penilaian semula


Citation

Abdul Aziz, Adi Yasran (2010) Inventori vokal dialek Melayu Kelantan: satu penilaian semula. Jurnal Persatuan Linguistik, 11. pp. 1-19. ISSN 1823-9242

Abstract

Makalah ini bertujuan menilai semula dan memberikan penjelasan terhadap inventori vokal dalam dialek Kelantan yang menimbulkan banyak perselisihan pendapat dalam kalangan pengkaji. Aspek yang dikaji ialah aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, vokal oral dan sengau, serta penggunaan simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPA). Dalam kajian ini, aspek berkenaan dianalisis dengan menggunakan pendekatan fonologi generatif. Data kajian terdiri daripada sumber sekunder yang diperoleh daripada kajian kepustakaan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa inventori vokal dialek Kelantan yang digunakan sebelum ini belum memenuhi kepadaan penjelasan. Kebanyakan pengkaji beranggapan bahawa terdapat lapan fonem vokal dalam inventori fonem dialek Kelantan, iaitu /a, e, i, o, u, Ə, Ɛ, Ɔ/ atau lebih daripada itu, khususnya bagi mereka yang beranggapan bahawa vokal sengau juga berstatus fonem. Makalah ini akan membuktikan bahawa dialek Kelantan hanya mempunyai enam fonem vokal sahaja, iaitu /a, e, i, o, u, Ə/, dan menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas. Ini bermakna fonem dialek Kelantan adalah sama dengan fonem bahasa Melayu dan membayangkan bahawa dialek-dialek lain pun mempunyai inventori fonem yang sama. Kajian ini juga telah mengenal pasti bahawa simbol sebenar bagi fonem vokal rendah /a/ di akhir kata seperti dalam perkataan /duga/ ialah [ɑ] bukannya [Ɔ], [ɐ], atau [ɒ] seperti yang dianggap oleh pengkaji sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa inventori fonem sesuatu bahasa atau dialek hendaklah dinilai dengan menggunakan pendekatan fonologi di samping pertimbangan fonetik bagi menghasilkan inventori segmen bunyi yang lebih berpada.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstract)
Inventori vokal dialek Melayu Kelantan.pdf

Download (181kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=1110

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Dialects; Vowel inventory; Phonology; Phonetic
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 11 Feb 2014 06:51
Last Modified: 26 Jun 2018 00:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15284
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item