UPM Institutional Repository

Kesan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan terhadap kualiti perhubungan pelajar berbilang etnik di Universiti Putra Malaysia


Citation

Ab. Majid, Arfah and Talib, Ahmad Tarmizi and Darshan Singh, Sarjit Singh and Ahmad, Zaid (2016) Kesan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan terhadap kualiti perhubungan pelajar berbilang etnik di Universiti Putra Malaysia. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 3 (1). ISSN 2462-1692; ESSN: 2289-8042

Abstract

Kepelbagaian dan kerencaman dari segi budaya, etnik dan agama sememangnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Namun begitu, Malaysia masih tidak lekang daripada isu-isu etnik dan agama yang sensitif. Contoh terkini adalah isu pergaduhan antara etnik di Plaza Low Yat pada tahun 2015. Kejadian ini telah menimbulkan persoalan samada hubungan antara etnik di Malaysia kian rapuh? Jika benar, apakah mekanisme untuk memperbaiki hubungan ini? Menurut Teori Perhubungan (Contact Theory) yang diperkenalkan oleh Gordon Allport (1954), hubungan antara etnik dapat diperbaiki sekiranya sesuatu perhubungan itu memenuhi empat syarat iaitu persamaan status, persamaan matlamat, keizinan pihak berkuasa dan interaksi yang melibatkan kerjasama. Justeru, kajian ini adalah satu percubaan untuk mengaplikasikan Teori Perhubungan ini dalam aktiviti berkumpulan pelajar di Universiti Putra Malaysia dengan memberikan tumpuan pada aspek kerjasama. Untuk tujuan ini, sebuah eksperimen telah dijalankan dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) TITAS dan Hubungan Etnik. Pelajar telah dibahagikan kepada satu kumpulan eksperimen, satu kumpulan kawalan dan dua kumpulan perbandingan. Kumpulan eksperimen dan kumpulan perabandingan telah diberikan tugasan yang mempunyai sifat dan tahap kerjasama yang berbeza. Menurut hasil analisis ANOVA, tahap integrasi yang tinggi dan kerjasama antara pelajar yang berbilang etnik mempunyai kesan terhadap kualiti perhubungan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sesuatu perhubungan yang berkualiti dan baik itu perlu disertai dengan empat elemen yang dicadangkan dan sebaliknya akan berlaku jika sesuatu perhubungan itu tidak disertai empat elemen tersebut.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Kesan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan terhadap kualiti perhubungan pelajar berbilang etnik di Universiti Putra Malaysia.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Keywords: Ethnic relations; Theory of communication; Cooperation; University
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 14 Aug 2018 08:40
Last Modified: 14 Aug 2018 08:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13777
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item