UPM Institutional Repository

Ekspresi emosi melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak


Citation

Sujud, Arba'ie and Abdull Sedik, Nurul Azimah and Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah and Gaisun, Intan Zahariah (2014) Ekspresi emosi melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak. Jurnal Melayu, 13. pp. 72-84. ISSN 1675-7513

Abstract

Hasil kesusasteraan tidak membawa sebarang pengertian tanpa kehadiran rasa dan emosi di dalamnya khususnya sastera kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan bahan bacaan yang dapat merangsang emosi dan perasaan mereka agar pertumbuhan dan perkembangan emosi mereka seiring dan seimbang dengan perkembangan jasmani, rohani, intelektual dan sosialnya. Bahan bacaan bukan sahaja perlu ada unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan semata-mata, namun emosinya juga penting bagi membangkitkan nilai rasa dan kejiwaan dalam diri kanak-kanak itu sendiri. Dengan adanya emosi dalam bahan bacaan sastera kanak-kanak yang ditampilkan, jiwa mereka lebih terangsang dan ini menjadikan perkembangan emosi mereka dapat berkembang seiring dengan tahap masing-masing. Tanpa emosi, sesuatu karya yang dihasilkan hambar dan tidak menarik perhatian khalayak khususnya kanak kanak untuk terus membaca karya tersebut kerana karya yang dihasilkan itu kurang daya gerakan emosi dan membosankan mereka. Justeru, artikel ini akan menganalisis ekspresi emosi kanak-kanak yang dikesan melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Ekspresi emosi melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak.pdf

Download (33kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Children literature; Children development; Expression; Soul; Emotion
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Jul 2018 09:14
Last Modified: 06 Jul 2018 09:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13686
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item