UPM Institutional Repository

Kepemimpinan diplomatik pemerintah kerajaan dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah


Citation

Noor Muhammad, Salmah Jan (2017) Kepemimpinan diplomatik pemerintah kerajaan dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Jurnal Melayu, 16 (1). pp. 1-18. ISSN 1675-7513

Abstract

Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah merupakan karya yang merakamkan sejarah pentadbiran kerajaan Kedah. Antara sejarah pentadbiran yang dinyatakan dalam naskhah ini adalah tentang pengurusan hubungan diplomatik kerajaan Kedah dengan beberapa kerajaan lain seperti Ligor dan Aceh. Pengurusan ini telah mengetengahkan kepemimpinan diplomatik pemerintah Kedah dalam mengurus tadbir hubungan diplomatiknya dengan kerajaan berkenaan. Hubungan diplomatik ialah sebuah hubungan antarabangsa atau hubungan lintas sempadan sebuah kerajaan untuk meluaskan pengaruh dan memenuhi keperluan masing-masing. Oleh itu, makalah ini akan membincangkan kepemimpinan diplomatik pemerintah kerajaan, terutamanya dari aspek pelaksanaan kaedah dan seterusnya menghuraikan keberkesanan kaedah tersebut terhadap hubungan diplomatik kerajaan Kedah. Bagi memperoleh data ini, suatu kajian kepustakaan telah dilakukan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat tiga kaedah kepemimpinan diplomatik yang dominan dan diaplikasikan oleh pemerintah kerajaan Kedah dalam naskhah kajian ini, iaitu kaedah tiga dalam satu, transformasi hubungan permusuhan kepada pendamaian, dan pertautan semula ikatan diplomatik.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Kepemimpinan diplomatik pemerintah kerajaan dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/18116

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Leadership; Diplomatic; Kedah; Transformation; Reconciliation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Jul 2018 09:15
Last Modified: 06 Jul 2018 09:15
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13648
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item