UPM Institutional Repository

Novel cinta hari-hari rusuhan karya Faisal Tehrani menurut Persuratan Baru


Citation

Abu Bakar, Nur Fatiha Fadila (2025) Novel cinta hari-hari rusuhan karya Faisal Tehrani menurut Persuratan Baru. In: BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA SEJAGAT. Penerbit UMK, Malaysia, pp. 249-268. ISBN 9786294891135

Abstract

Faisal Tehrani (seterusnya Faisal) bukanlah nama asing dalam kesusasteraan Melayu moden khususnya di Malaysia. Kehadiran Faisal dalam bidang kesusasteraan mula menyerlah apabila beliau memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994 menerusi cerpen berjudul “Anak” dan “Opah”. Pada tahun yang sama, Faisal dianugerahi Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat menerusi cerpen “Malam Ini Philadelphia Menangis”. Anugerah tersebut merupakan pengiktirafan tertinggi untuk penulis remaja ketika itu. Seterusnya, Faisal memenangi Hadiah Sastera Utusan melalui cerpen “Pemberontakan Kedua” pada tahun 1995. Cerpen Faisal yang berjudul “Perempuan Anggerik” dan “Api KL Belum Terpadam” pula menerima Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank. Selain itu, cerpen “Menanti Subuh” diangkat sebagai penerima Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Kedua-dua hadiah ini diterima Faisal pada tahun 1996. Faisal terus melakar rekod kemenangan melalui Hadiah Karya Sastera dengan cerpen berjudul “Surat Untuk Gabe 1” pada tahun 1997. Cerpen “Cinta Gendang Kasturi” pula memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia pada tahun 1998. Faisal turut memenangi hadiah sama pada tahun 1999 menerusi cerpen “Bulan” dan “Wira”. Selanjutnya, Faisal menerima Anugerah Seni Negara pada tahun 2006 (Kategori Bakat Muda).


Download File

[img] Text
127945.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Book Section
Subject: Literature
Subject: Cultural Studies
Subject: Malay Studies
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit UMK
Keywords: Faisal Tehrani; Modern malay literature; Literary awards; Short stories; Malaysian authors; ""Hari-hari Rusuhan"; "Persuratan Baru"; Literary recognition; Early career; Prominent writer
Sustainable Development Goals (SDGs): SDG 4: Quality Education, SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions, SDG 10: Reduced Inequalities
Depositing User: Ms. Nur Aina Ahmad Mustafa
Date Deposited: 21 Aug 2026 02:38
Last Modified: 21 Aug 2026 02:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/127945
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item