Citation
Noor Muhammad, Salmah Jan and Alezender, Steven and Hamdan, Rahimah
(2025)
Kesan visual sebagai ukuran penggayaan dan kemahiran berbahasa pemantun IPT Malaysia.
In:
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA SEJAGAT.
Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia, pp. 187-208.
ISBN 9786294891135
Abstract
Pantun, puisi tradisi lisan yang tidak luntur kemasyhurannya. Hayatnya boleh dikatakan sebagai abadi dan panjang. Walaupun mula berkembang sewaktu masyarakat penciptanya masih lagi buta huruf namun pantun kekal berdaya tahan merempuhi arus masa dan zaman sehingga akhirnya berjaya menempatkan diri dalam zaman kontemporari kini. Dewasa kini, pantun terus hidup dengan subur jauh mengatasi syair, seloka, nazam dan gurindam serta tersebar luas menerusi pelbagai media seperti lirik lagu, digunakan dalam majlis perkahwinan, majlis rasmi dan pelbagai acara kemasyarakatan yang lain (Zurinah Hassan, 2020:97). Maka, jelaslah bahawa pantun bukan sahaja cukup purba dan teruji zaman bahkan juga menawan manusia Nusantara secara meluas sehinggakan tawanan yang sama sampai ke Eropah jauhnya (Muhammad Haji Salleh, 2018:4) Buktinya, keindahan yang dipunyai oleh puisi lisan empat baris tersebut berhasil menimbulkan keghairahan pada diri Winstedt (1961) terhadap pantun yang akhirnya memungkinkan beliau mengiktiraf pantun sebagai suatu bentuk kebijaksanaan yang dimiliki oleh masyarakat Melayu. Oleh yang demikian, tidak hairanlah Winstedt (1961) menganggap pantun sebagai jalan untuk seseorang sarjana memahami fikiran manusia Melayu dengan menyuguhkan “tak ada sesiapa pun yang dapat mengagak keluasan pemikiran orang Melayu tanpa memahami pantunnya”. Kenyataan yang dilontarkan oleh sarjana Barat yang tidak asing dengan pengajian Melayu tersebut jelas membuktikan betapa eksklusifnya pantun di sisi masyarakat Melayu sendiri berbanding puisi lisan yang lain sehinggakan dijadikan kayu ukur untuk meneroka dan memahami pemikiran masyarakat Melayu.
Download File
Additional Metadata
| Item Type: |
Book Section
|
| Subject: |
Linguistics |
| Subject: |
Literature |
| Subject: |
Cultural Studies |
| Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
| Publisher: |
Universiti Malaysia Kelantan |
| Keywords: |
Visual appeal; Stylistic measure; Language proficiency; Pantun; Malay oral tradition; Contemporary relevance; Cultural significance; Nusantara; Malay thought; Winstedt's recognition |
| Sustainable Development Goals (SDGs): |
SDG 4: Quality Education, SDG 11: Sustainable Cities and Communities, SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions |
| Depositing User: |
Ms. Nur Aina Ahmad Mustafa
|
| Date Deposited: |
20 Aug 2026 01:03 |
| Last Modified: |
20 Aug 2026 01:03 |
| URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/127921 |
| Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |