UPM Institutional Repository

Kemiskinan feminisme dan diskriminasi gender gelandangan residivis wanita di Kuala Lumpur, Malaysia


Citation

Jasni, Mohd Alif (2024) Kemiskinan feminisme dan diskriminasi gender gelandangan residivis wanita di Kuala Lumpur, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Gelandangan residivis wanita didefinisikan sebagai bekas banduan yang hidup di jalanan dalam keadaan kemiskinan disebabkan oleh kegagalan mereka untuk berintegrasi semula dalam masyarakat. Selain kemiskinan, gelandangan residivis wanita terpaksa berdepan dengan pelbagai bentuk diskriminasi termasuk diskriminasi gender. Kajian ini menyorot naratif kehidupan gelandangan residivis wanita melalui pendekatan kualitatif fenomenologi berpandukan kerangka teori Feminist Standpoint dan Teori Interseksionaliti. Seramai lapan gelandangan residivis wanita di sekitar bandaraya Kuala Lumpur telah di temu bual bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap pengalaman kemiskinan femininisme dan diskriminasi gender yang mereka hadapi. Hasil kajian membawa kepada penerokaan lima (5) sub tema utama berkaitan dengan kemiskinan feminisme iaitu (i) keterbatasan peluang ekonomi dan pengangguran, (ii) sistem sokongan yang terhad, (iii) stereotaip gender, (iv) eksploitasi seksual dan (v) eksploitasi jenayah. Dua tema yang mendasari isu diskriminasi gender dalam kelompok ini adalah (i) stigma dan diskriminasi sebagai wanita dan (ii) diskriminasi pekerjaan. Dapatan kajian dijangka dapat menyumbang kepada pengetahuan berkaitan gelandangan residivis wanita dari perspektif kemiskinan dan diskriminasi yang masih kurang diterokai di Malaysia. Penerokaan isu secara subjektif dan mendalam diharapkan dapat membantu agensi kerajaan dan pemegang taruh dalam memperkenalkan program pasca pembebasan dan jagaan lanjutan yang bersesuaian, sekaligus membantu mengurangkan masalah kemiskinan feminisme dan diskriminasi gender yang wujud dalam kalangan residivis wanita di Malaysia.


Download File

[img] Text
FEM 2024 23 - Full Text.pdf
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial No Derivatives.

Download (3MB)
[img] Text
FEM 2024 23.pdf
Restricted to Repository staff only
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial No Derivatives.

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Social Sciences
Subject: Sociology
Subject: Gender Studies
Call Number: FEM 2024 23
Chairman Supervisor: Wan Munira binti Wan Jaafar
Divisions: Faculty of Human Ecology
Keywords: Feminism poverty; Gender discrimination; Homeless recidivist women; Reintegration
Sustainable Development Goals (SDGs): SDG 5: Gender Equality, SDG 1: No Poverty, SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions
Depositing User: MS. HADIZAH NORDIN
Date Deposited: 10 Aug 2026 02:04
Last Modified: 10 Aug 2026 02:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/127721
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item