Citation
Haji Mohd Kiram, Norazlina
(2025)
Struktur teks pidato dan santun bahasa melalui teknik PDPIPS.
In:
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Sejagat.
Universiti Malaysia Kelantan, MALAYSIA, pp. 209-232.
ISBN 9786294891135
Abstract
Pidato ialah satu kegiatan komunikasi yang disampaikan oleh pemidato dengan tujuan untuk menyampaikan mesej kepada khalayak. Aktiviti ini berbentuk sehala dan memerlukan kemahiran yang tinggi, baik dari segi penyediaan teks ucapan mahupun penyampaian. Ucapan yang tidak tersusun menunjukkan pemikiran pemidato yang berkecamuk. Sebaliknya, pemidato yang teratur pemikirannya akan berucap secara tersusun, lancar dan jelas. Ucapannya difahami oleh khalayak. Oleh itu, pemidato perlu menguasai inventio, dispositio, elocutio, memoria dan pronuntiatio dalam ucapan. Inventio bermaksud proses pengumpulan isi bicara, bahan sokongan serta hujah, dalil, pembuktian dan rayuan yang relevan. Dispositio ialah penyusunan isi bicara secara berstruktur. Penggunaan simbol, iaitu bahasa dalam bentuk pemilihan perkataan yang tepat, serta penyusunan ayat yang mantap, bererti dan indah pula dipanggil elocutio. Memoria merujuk kepada proses penyimpanan idea dalam minda pemidato secara tersusun untuk diluahkan kepada sasarannya. Manakala, pronuntiatio ialah usaha untuk menyajikan mesej kepada khalayak dengan menggunakan gaya penyampaian yang sesuai, termasuk aspek pengawalan suara, parabahasa dan bahasa badan (Abdul Muati@Zamri Ahmad, 2018).
Download File
Additional Metadata
| Item Type: |
Book Section
|
| Subject: |
Language and Linguistics |
| Subject: |
Rhetoric and Composition |
| Subject: |
Communication Studies |
| Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
| Publisher: |
Universiti Malaysia Kelantan |
| Keywords: |
Speech structure; Language politeness; PDPIPS technique; Public speaking; Message delivery; Speech preparation; Rhetorical skills; Speech organization; Speech delivery; Communication effectiveness |
| Sustainable Development Goals (SDGs): |
SDG 4: Quality Education, SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions, SDG 17: Partnerships for the Goals |
| Depositing User: |
Ms. Nur Aina Ahmad Mustafa
|
| Date Deposited: |
04 Aug 2026 04:03 |
| Last Modified: |
04 Aug 2026 04:03 |
| URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/127615 |
| Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |