UPM Institutional Repository

Kesan proses latihan lakon teater terhadap pembangunan kemahiran lisan pelajar institusi pengajian tinggi


Citation

Kalinggalan, Mazrona and Amat, Asmiaty and Husin, Fazilah (2025) Kesan proses latihan lakon teater terhadap pembangunan kemahiran lisan pelajar institusi pengajian tinggi. Jurnal Gendang Alam (GA), 15 (2). pp. 137-147. ISSN 2180-1738; eISSN: 2600-8661

Abstract

Kemahiran lisan yang efektif memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar dapat berkomunikasi dengan jelas dan berkesan dalam pelbagai situasi, baik ketika masih di universiti atau setelah bergelar graduan. Penulisan ini membincangkan bagaimana proses latihan lakon teater memberikan kesan terhadap pembangunan kemahiran lisan dalam pelajar. Penelitian dijalankan dengan mengaplikasikan pendekatan latihan teater yang melibatkan 10 topik dibangunkan khas untuk meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar kepada responden terpilih.  Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif, data dikumpul melalui temubual separa berstruktur dan catatan jurnal daripada 35 responden yang terdiri daripada pelajar universiti. Satu modul latihan pelakon teater diaplikasikan kepada responden selama 14 minggu. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan analisis tematik untuk mengenal pasti tema-tema utama yang berkaitan dengan peningkatan kemahiran komunikasi lisan pelajar. Fokus utama artikel ini adalah kepada aspek-aspek komunikasi lisan yang berupaya dibangunkan melalui latihan teater, yang bertujuan untuk membantu pelajar mengasah keupayaan mereka dalam menghadapi situasi komunikasi yang pelbagai dan mencabar. Hasil kajian menunjukkan berlaku perubahan yang positif dalam aspek komunikasi lisan pelajar yang terlibat selepas terlibat dengan proses latihan pelakon teater.


Download File

[img] Text
127128.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Social Sciences
Subject: Education
Subject: Arts
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.51200/ga.v15i2.7152
Publisher: Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: Oral communication skills; Theatre acting training; Higher education students; Skill development; Communication effectiveness; Qualitative research; Thematic analysis; Semi-structured interviews; Journal entries; Communication challenges
Sustainable Development Goals (SDGs): SDG 4: Quality Education, SDG 8: Decent Work and Economic Growth, SDG 10: Reduced Inequalities
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 21 Jul 2026 10:00
Last Modified: 21 Jul 2026 10:00
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.51200/ga.v15i2.7152
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/127128
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item