Citation
Mamat, Ibrahim
(2010)
Pembangunan sumber manusia.
[Inaugural Lecture]
Abstract
Anggapan bahawa manusia atau pekerja sebagai sumber organisasi adalah tidak
tepat. Para perancang tidak sepatutnya menganggap pekerja sebagai sumber;
pekerja hendaklah dianggap sebagai aset atau modal organisasi. Selain daripada
perkataan sumber, terdapat banyak lagi perkara-perkara asas yang berkait dengan
Pembangunan Sumber Manusia (PSM) telah disalahtafsirkan. Oleh itu, objektif I
syarahan in~ ialah untuk menjelaskan konsep PSM supaya polemik mengenai
bidang ini dibuat dengan menggunakan andaian yang kukuh. Syarahan ini juga
bertujuan untuk mengemukakan beberapa strategi untuk membangunkan para
pekerja dalam organisasi. Bidang PSM merupakan satu bidang baharu yang
berbentuk multidisiplin, mempunyai parameter disiplin yang dinamik, berasal
daripada cantuman beberapa bidang lain, yang menjadi semakin popular dan
mungkin akan berkembang ke arah satu bidang profesional. PSM mempunyai
banyak definisi, justeru wujud persamaan dan juga perbezaannya. Secara
amnya, definisi PSM ialah usaha untuk meningkatkan keupayaan pekerja bagi
mencapai misi dan visi organisasi melalui aktiviti yang tersusun dan sistematik.
Walaupun ruang lingkup bidang PSM adalah luas, namun fokus bidang ini hanya
tertumpu kepada tiga perkara utama iaitu organisasi, pekerja dan pembelajaran.
Pekerja yang telah dibangunkan mempunyai tahap kompetensi yang tinggi,
berupaya melaksanakan tugas dengan baik dan menunjukkan prestasi kerja yang
cemerlang. Pekerja yang kompeten memiliki stok nilai dalam bentuk ilmu dan
kompetensi yang diperlukan oleh organisasi. Sehingga kini belum ada formula
untuk mengukur atau memberi menilai kepada aset manusia. Prestasi kerja ialah
satu hasil atau perlakuan yang berupaya memenuhi matlamat organisasi. Prestasi
kerja tidak terhad kepada melaksanakan tugasan yang berkait dengan sesuatu
jawatan yang disandang sahaja, tetapi juga termasuk semua sumbangan di luar
tugas rasmi, tetapi masih berkait dengan matlamat organisasi. Banyak faktor yang
mempengaruhi kejayaan organisasi untuk mencapai matlamat penubuhannya,
tetapi faktor yang paling utama ialah kompetensi atau kecekapan pekerjanya. Oleh
yang demikian, majikan hendaklah membangunkan kompetensi pekerja mereka
dengan menggunakan pelbagai strategi luhur yang terbukti berupaya memberi
pulangan lumayan. Usaha membangunkan pekerja sepatutnya bermula pada hari
pertama lagi sehingga hari terakhir mereka bekerja.
Download File
Additional Metadata
| Item Type: |
Inaugural Lecture
|
| Subject: |
Business and Management |
| Subject: |
Human Resources |
| Subject: |
Organizational Behavior |
| Call Number: |
LG 173 K8 S981 no.4 (2010) |
| Divisions: |
Universiti Putra Malaysia |
| Publisher: |
Universiti Malaysia Terengganu |
| Keywords: |
Human resource development; Organizational assets; Employee competence; Learning and development; Organizational goals; Performance management; Strategic development; Employee training; Multidisciplinary field; Professional field |
| Sustainable Development Goals (SDGs): |
SDG 8: Decent Work and Economic Growth, SDG 4: Quality Education, SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure |
| Depositing User: |
Ms. Nur Aina Ahmad Mustafa
|
| Date Deposited: |
13 Jul 2026 07:25 |
| Last Modified: |
13 Jul 2026 07:25 |
| URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/127069 |
| Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |