Citation
Abd Hamid, Muhammad Faizul and Che Rodi, Rozita and Nik Muhammad Affendi, Nik Rafidah and Daud, Muhammad Zaid
(2025)
Modaliti aspek dalam teks perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan semasa wabak Covid-19.
Jurnal Peradaban Melayu, 20 (1).
pp. 1-19.
ISSN 1675-4271; eISSN: 3030-5950
Abstract
Penularan wabak Covid-19 telah mendorong kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan melalui teks perutusan khas oleh Perdana Menteri. Dalam wacana politik sebegini, bahasa yang digunakan tidak bersifat neutral, sebaliknya berperanan sebagai alat retorik yang membentuk persepsi, memobilisasi emosi kolektif dan memperkukuh legitimasi kuasa. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis modaliti aspek yang digunakan serta menghuraikan rasional penggunaannya dalam sembilan teks perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan yang disampaikan antara Mac 2020 hingga Januari 2021. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini turut memanfaatkan teori analisis wacana kritis Fairclough (2013) dengan fokus pada dimensi ciri-ciri tekstual, khususnya aspek nahu modaliti. Sebanyak 361 penggunaan modaliti aspek telah dikenal pasti, merangkumi lima jenis iaitu ‘akan’, ‘telah’, ‘masih’, ‘sedang’, dan ‘terus’. Hasil analisis menunjukkan modaliti ‘akan’ (41.00%) dan ‘telah’ (34.63%) paling banyak digunakan. Modaliti ‘akan’ digunakan untuk menggambarkan komitmen masa depan, penyusunan strategi dan janji kerajaan, manakala modaliti ‘telah’ menunjukkan pencapaian serta tindakan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Modaliti ‘masih’, ‘sedang’, dan ‘terus’ pula menggambarkan keberlangsungan usaha dan tindakan kerajaan. Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan modaliti aspek dalam teks perutusan khas berfungsi sebagai strategi wacana yang dirancang untuk membina citra kepemimpinan, meredakan ketidakstabilan sosial, dan mengukuhkan hegemoni politik dalam situasi krisis. Dapatan ini memberikan implikasi penting terhadap kefahaman tentang peranan bahasa dalam pembentukan wacana kuasa dan ideologi dalam komunikasi kerajaan sewaktu krisis kesihatan global.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
 |
View Item |