UPM Institutional Repository

Analisis kandungan bahan bacaan untuk pembelajaran kemahiran asas membaca Bahasa Melayu pada peringkat prasekolah


Citation

Rashidi, Nur Hidayah and Samsudin, Nurul Haniza and Mohd Nasir, Nur Yuhanis (2025) Analisis kandungan bahan bacaan untuk pembelajaran kemahiran asas membaca Bahasa Melayu pada peringkat prasekolah. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 16 (1). pp. 145-160. ISSN 1823-6812; eISSN: 2600-8696

Abstract

Masalah penguasaan kemahiran asas membaca dalam kalangan murid pada peringkat prasekolah telah memberi kesan kepada peningkatan murid pemulihan di sekolah rendah terutamanya murid tahun satu. Bagi mengatasi masalah ini, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kandungan empat bahan bacaan yang berbentuk buku yang diguna pakai oleh guru untuk pembelajaran kemahiran membaca pada peringkat prasekolah. Bahan bacaan berbentuk buku merupakan antara sumber bahan yang utama kepada guru bagi pembelajaran kemahiran asas membaca bahasa Melayu pada peringkat prasekolah. Namun, tidak semua bahan bacaan yang dihasilkan mempunyai kandungan yang tepat dan sesuai untuk pembelajaran kemahiran asas membaca bahasa Melayu. Data kajian ini diperoleh melalui kaedah analisis kandungan dengan mengadaptasikan Model Analisis Kandungan (Mohammad Rahim Mohammed Abdul Rahman, 2000) yang mempunyai enam elemen, iaitu ketepatan kandungan, kesesuaian dan kejelasan bahasa, reka bentuk ilustrasi, fizikal buku, persembahan dan latihan dan aktiviti. Hasil analisis mendapati terdapat bahan bacaan mempunyai susunan kandungan bahan yang tidak mengikut kurikulum dan mempunyai kesalahan daripada aspek bahasa. Implikasi kajian ini penting untuk guru mengetahui kriteria pemilihan bahan bacaan yang menepati kandungan kurikulum dan aspek penggunaan bahasa yang betul agar dapat membantu murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca yang berkualiti khususnya pada peringkat prasekolah. Kajian-kajian berkaitan bahan bacaan perlulah diperbanyak supaya guru-guru mempunyai pengetahuan dalam memilih bahan bacaan yang bersesuaian dan praktikal bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berimpak kepada murid. Selain itu, kajian seperti ini juga secara tidak langsung membantu para penulis buku dalam merancang, menyusun dan menghasilkan bahan yang lebih berkualiti dan praktikal bagi pembelajaran kemahiran asas membaca untuk diguna pakai semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.


Download File

[img] Text
126417.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial Share Alike.

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Educational Psychology
Subject: Language Education
Subject: Curriculum Development
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.13.2025
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Bahan bacaan; Kemahiran asas membaca; Analisis kandungan; Prasekolah
Sustainable Development Goals (SDGs): SDG 4: Quality Education, SDG 10: Reduced Inequalities, SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 24 Jun 2026 02:54
Last Modified: 24 Jun 2026 02:54
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.37134/pendeta.vol16.1.13.2025
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/126417
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item