UPM Institutional Repository

Kepelbagaian makna leksikal dalam pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa


Citation

Hazami, Masyitah and Che Rodi, Rozita (2025) Kepelbagaian makna leksikal dalam pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 16 (1). pp. 100-113. ISSN 1823-6812; eISSN: 2600-8696

Abstract

Pantun merupakan salah satu khazanah Melayu berbentuk puisi asli dan unik yang melambangkan kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Bukan itu sahaja, pantun juga mempunyai akar yang mendalam dalam budaya Melayu kerana pantun kaya dengan warisan sastera. Namun, jenis-jenis kepelbagaian makna dari perspektif semantik leksikal yang terdapat dalam penghasilan pantun dan bagaimana elemen-elemen ini mencerminkan kekayaan budaya serta warisan sastera Melayu, sering kali menimbulkan perdebatan. Malah, timbul keperluan untuk memahami lebih mendalam bagaimana pantun yang dianggap sebagai warisan budaya mengandungi pelbagai makna tersembunyi atau bertindih, serta bagaimana makna-makna ini berperanan dalam menyampaikan nilai dan pemikiran masyarakat Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis kepelbagaian makna dari perspektif semantik leksikal yang digunakan dalam buku pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa. Antara disiplin semantik leksikal yang akan dikenal pasti ialah aspek homonim, polisemi, hiponim, meronim, metafora, antonim dan sinonim. Selain itu, kajian ini berbentuk kualitatif dan pengkaji akan menghuraikan segala analisis dapatan dalam bentuk deskriptif. Pengkaji juga akan menggunakan buku pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa sebagai bahan kajian dalam mendapatkan data kajian. Seterusnya, pengkaji merupakan instrumen utama dalam mengumpul data kajian dengan cara menganalisis buku pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 168 rangkap pantun yang menggunakan tujuh disiplin semantik leksikal. Pengkaji menginterpretasikan data kajian menggunakan teori logik simbolik berserta pandangan tokoh dalam menghuraikan makna bagi setiap kata yang digunakan. Akhir sekali, kepelbagaian makna dari perspektif semantik leksikal yang dijelaskan dalam kajian pantun ini memberi kesan kepada pemahaman makna, penggunaan bahasa, serta pengayaan kosa kata pengguna bahasa. Justeru, usaha wajar perlu dilakukan oleh pihak yang berminat dalam kajian bahasa untuk melaksanakan kajian kepelbagaian makna leksikal terhadap karya sastera dengan lebih lanjut dan mendalam dengan menggunakan teori logik simbolik.


Download File

[img] Text
126352.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial Share Alike.

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Linguistics
Subject: Literary Studies
Subject: Cultural Studies
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.10.2025
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Pantun; Kepelbagaian makna leksikal; Semantik; Budaya Melayu; Warisan Melayu
Sustainable Development Goals (SDGs): SDG 4: Quality Education, SDG 10: Reduced Inequalities, SDG 11: Sustainable Cities and Communities
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 23 Jun 2026 04:00
Last Modified: 23 Jun 2026 04:00
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.37134/pendeta.vol16.1.10.2025
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/126352
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item