UPM Institutional Repository

Interaksi ujaran kanak-kanak menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan


Citation

Rosly, Nurfarhana Shahira and Abd Rahim, Normaliza and Abdul Halim, Hazlina (2016) Interaksi ujaran kanak-kanak menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan. GEMA Online® Journal of Language Studies, 16 (1). pp. 89-108. ISSN 1675-8021

Abstract

Penerapan elemen penceritaan dan pendigitalan merupakan elemen yang menarik minat kanak-kanak terutamanya dalam aspek perkembangan interaksi sosial dan komunikasi. Hal ini juga bersesuaian dengan kehidupan berteknologi kini yang mengaplikasikan penggunaan teknologi dan digital dalam hampir kesemua pendekatan yang digunakan. Objektif kajian ini ialah untuk membincangkan interaksi ujaran kanak-kanak sekolah rendah menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan serta menganalisis interaksi ujaran kanak-kanak menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan dengan menggunakan Teori Analisis Wacana (Brown & Yule, 1983). Kajian ini dijalankan dengan melihat kepada interaksi ujaran yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan dengan mengaitkannya dengan teori yang berkaitan. Tiga orang kanak-kanak sekolah rendah berumur tujuh tahun yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Serdang telah dipilih sebagai responden kajian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, temu bual dan senarai soalan. Manakala instrumen kajian ialah cerita binatang berbentuk digital. Interaksi ujaran yang dihasilkan oleh responden dirakam dan didokumenkan dalam bentuk transkripsi bertulis. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa terdapat elemen yang merangsang interaksi ujaran kanak-kanak tersebut berdasarkan penerapan elemen pendigitalan dalam penceritaan yang digunakan. Kanak-kanak dilihat lebih fokus terhadap kaedah pembelajaran berbantukan komputer, mempamerkan kelakuan yang lebih aktif dan ceria, serta menghasilkan ujaran yang bersesuaian dengan konteks dan kehendak kajian. Kajian ini diharapkan dapat membantu dalam merangsang interaksi ujaran kanak-kanak yang bersesuaian dengan konteks mesej dan perbualan yang dijalankan. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat membantu dalam perkembangan interaksi sosial kanak-kanak, bukan sahaja di sekolah malah dalam kehidupan seharian.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Interaksi ujaran kanak-kanak menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/8866

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Children; Digitization element; Element of storytelling; Interaction; Utterance
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 09 Jun 2011 09:55
Last Modified: 08 Jun 2016 01:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12613
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item