Simple Search:

Great Serdang Debate platform tingkat bahasa Inggeris – Saifuddin


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Great Serdang Debate platform tingkat bahasa Inggeris – Saifuddin. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 1 Jun – Pertandingan ‘Great Serdang Debate Championship 2011′ merupakan platform terbaik dalam meningkatkan kemahiran berdebat dan mengeluarkan pendapat dalam bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia juga merupakan landasan terbaik meningkatkan sahsiah dan keterampilan bakal graduan mengatasi kelemahan berkomunikasi. “Ramai graduan mempunyai masalah komunikasi dalam bahasa Inggeris. Melalui pertandingan debat tidak kira pertandingan besar atau kecil ia dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. “Bagi mereka yang sememangnya sudah mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris pula mereka boleh meningkatkan keterampilan diri mereka yang mana ia penting selepas pelajar menamatkan pengajian,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup pertandingan debat bahasa Inggeris itu anjuran Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini baru-baru ini. Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan; Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Tai Shezee Yew dan Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail Dr. Pakhriazad Hassan Zaki. Dalam pertandingan akhir itu, pasukan debat Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, muncul juara menewaskan pasukan National University of Singapore (NUS). UiTM yang dianggotai oleh Mohd. Syafiq Ahmad Bazari, 24, Maizura Mokhsin, 20, dan Rafiq Saladin Omar Saladdin, 19, bertindak sebagai penyokong bagi tajuk ‘That Post Colonial States Should Not be Member of Organizations Based on a Common Colonial Heritage Founded by Their Former Colonial Master’ atau ‘Bekas Tanah Jajahan Tidak Semestinya Menjadi Ahli kepada Pertubuhan yang diasaskan oleh Negara Penjajah’. Mereka berpendapat pertubuhan Komanwel sudah tidak releven pada masa kini kerana ia merupakan simbol kepada penjajahan selain tidak mempunyai peranan penting dalam pembangunan negara yang pernah dijajah. Hujah bernas ketiga-tiga mereka ternyata berjaya memikat juri. Kejayaan itu melayakkan mereka menerima wang tunai RM3,000, hamper dan trofi manakala Maizura yang merangkul gelaran pendebat terbaik turut menerima tambahan RM1,000. Hadiah disampaikan Datuk Saifuddin. Pertandingan yang mula diadakan secara tahunan sejak 2003 itu disertai oleh 39 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta tiga pasukan luar negara iaitu Universiti Kebangsaan Singapura dan Politeknik Nanyang (Singapura) serta Universitas Indonesia (Indonesia).


Download File

[img]
Preview
PDF
Great_Serdang_Debate_platform_tingkat_bahasa_Inggeris_–_Saifuddin.pdf

Download (171kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 08 Jun 2011 16:23
Last Modified: 27 May 2013 15:52
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12586
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item