Citation
Kamaruddin, Mohd Arman and Hassan, Mohammad Mujaheed and Md Noor, Amna
(2025)
Kesan dan cabaran pelaksanaan saringan kanser kolorektal dalam komuniti PPR Kuala Lumpur: perspektif pembangunan komuniti.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 10 (9).
art. no. e003592.
pp. 1-14.
ISSN 2504-8562
Abstract
Kanser kolorektal (CRC) merupakan penyebab kedua tertinggi kematian berkaitan kanser di Malaysia, dengan prevalen 13.8% dan kadar pengesanan lewat melebihi 70%. Komuniti berpendapatan rendah bandar, khususnya penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR), berisiko tinggi kerana kekangan sosioekonomi, literasi kesihatan yang rendah, serta stigma budaya. Kajian ini meneliti kesan penyertaan komuniti dalam saringan CRC serta mengenal pasti cabaran utama dalam pelaksanaannya. Kajian kes kualitatif ini dijalankan bagi meneliti kesan penyertaan komuniti dalam saringan CRC dan mengenal pasti cabaran utama dalam pelaksanaannya. Empat PPR di Kuala Lumpur dipilih, dengan 16 informan terdiri daripada penduduk, pemimpin komuniti, sukarelawan KOSPEN, dan pelaksana program. Data dikumpul melalui temu bual mendalam separa berstruktur, disokong triangulasi dokumen dasar, dan dianalisis secara tematik menggunakan ATLAS.ti. Kesan positif penyertaan termasuk peningkatan pengetahuan asas, rawatan pencegahan awal, kesedaran terhadap risiko kesihatan, dan pemerkasaan komuniti melalui kolaborasi dengan pelbagai agensi. Namun, pelaksanaan berdepan cabaran seperti kekurangan sumber logistik, kurang kompetensi sukarelawan, komitmen komuniti yang terhad, jurang maklumat, kesedaran awam rendah, stigma terhadap ujian najis, serta sikap tidak peduli terhadap kesihatan. Program saringan CRC di PPR berpotensi sebagai medium pemerkasaan komuniti dan pengurangan ketidaksamarataan kesihatan bandar. Walau bagaimanapun, ia menuntut transformasi melalui pendekatan navigasi pesakit berasaskan komuniti, latihan berterusan sukarelawan, komunikasi peka budaya, dan kolaborasi rentas agensi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
 |
View Item |