Citation
Mohd Siraj, Mohd Asraf M
(2024)
Demografi sebagai moderator ke atas pengaruh gaya kepemimpinan guru besar dan kompetensi ICT terhadap motivasi aplikasi e-pembelajaran guru sekolah rendah terpilih di Malaysia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pelaksanaan e-pembelajaran dalam sistem pendidikan telah berkembang pesat,
khususnya di sekolah, selaras dengan reformasi pendidikan yang semakin maju.
Kajian ini mengkaji pengaruh gaya kepemimpinan guru besar, iaitu transformasional
dan instruksional, serta kompetensi ICT guru terhadap motivasi guru dalam
mengaplikasikan e-pembelajaran. Selain itu, kajian ini menganalisis demografi guru,
termasuk jantina, pengalaman mengajar, dan kelulusan akademik, sebagai moderator
kepada motivasi guru. Kajian ini melibatkan 480 orang guru daripada 38 sekolah
rendah di Melaka, Negeri Sembilan, dan Johor, menggunakan reka bentuk kuantitatif
deskriptif korelasi. Data dikumpulkan melalui soal selidik MLQ (Multi Factor
Leadership Questionnaire), Principal Instructional Management Rating Scale
(PIMRS) untuk gaya kepemimpinan, dan soal selidik kompetensi ICT diadaptasi
berdasarkan model TPACK. Tahap motivasi guru pula diukur menggunakan
instrumen yang diadaptasi berdasarkan model TAM. Analisis data menggunakan
kaedah statistik seperti kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, ANOVA, analisis
korelasi Pearson, regresi, dan analisis SEM multi-model melalui AMOS. Dapatan
menunjukkan bahawa gaya kepemimpinan transformasional dan instruksional guru
besar serta motivasi guru adalah pada tahap tinggi, manakala kompetensi ICT guru
berada pada tahap sederhana. Analisis SEM mengesahkan bahawa gaya
kepemimpinan guru besar dan kompetensi ICT guru memberi pengaruh dan kesan
langsung terhadap motivasi guru, dengan kedua-dua faktor menyumbang 62.1%
kepada varians motivasi.
Kajian ini mendapati bahawa kepemimpinan transformasional dan instruksional guru
besar serta kompetensi ICT guru memainkan peranan penting dalam meningkatkan
motivasi guru untuk melaksanakan e-pembelajaran. Selain itu, demografi seperti
jantina dan kelulusan akademik bertindak sebagai moderator ke atas hubungan antara
kompetensi ICT guru dan motivasi mereka, manakala demografi tidak bertindak
sebagai moderator ke atas hubungan antara kepemimpinan guru besar dan motivasi.
Oleh itu, disarankan agar Kementerian Pendidikan memberi tumpuan kepada program
pembangunan profesional yang memperkukuh kompetensi ICT guru mengikut ciri
demografi mereka. Kajian ini menekankan pentingnya gabungan kepemimpinan,
kompetensi ICT, dan faktor demografi dalam mengoptimumkan pelaksanaan epembelajaran.
Memartabatkan Kepemimpinan Guru Besar, Memperkukuh
Kompetensi ICT Guru, Memperkasakan Motivasi Guru.
Download File
Additional Metadata
| Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
| Subject: |
Primary school teachers - Malaysia |
| Subject: |
Computers and literacy - Malaysia |
| Call Number: |
FPP 2024 40 |
| Chairman Supervisor: |
Ahmad Aizuddin bin Md Rami, PhD |
| Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
| Keywords: |
Transformational; Instructional; ICT competency; E-learning motivation |
| Sustainable Development Goals (SDGs): |
GOAL 4: Quality Education |
| Depositing User: |
Ms. Rohana Alias
|
| Date Deposited: |
19 May 2026 04:12 |
| Last Modified: |
19 May 2026 04:12 |
| URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/125364 |
| Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |