UPM Institutional Repository

Keberkesanan pengaplikasian Model Penanda Wacana, Kata Bantu dan Keterangan (PWKBKK) Bahasa Melayu terhadap penguasaan kemahiran menulis ayat dan perenggan dalam kalangan murid Tahun Empat di Selangor


Citation

Mohamed Mokhtar, Marzni and Mohd Radzuan, Nur Mimi Marina and Jamil, Marni (2025) Keberkesanan pengaplikasian Model Penanda Wacana, Kata Bantu dan Keterangan (PWKBKK) Bahasa Melayu terhadap penguasaan kemahiran menulis ayat dan perenggan dalam kalangan murid Tahun Empat di Selangor. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (1). pp. 43-64. ISSN 1985-496X; eISSN: 2462-2435

Abstract

Ketidaklancaran kemahiran membaca dan kelemahan penguasaan kemahiran menulis dilihat sebagai punca kemerosotan pencapaian akademik belakangan ini di sekolah rendah. Permasalahan kajian menunjukkan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid sekolah rendah merangkumi kecekapan membina ayat dan perenggan dengan betul dalam peperiksaan awam. Justeru, kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk meneliti keberkesanan pengaplikasian Model Penanda Wacana, Kata Bantu dan Kata Keterangan (PWKBKK) Bahasa Melayu terhadap penguasaan kemahiran menulis ayat dan petikan dalam kalangan murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di Selangor. Model PWKBKK ini dibina berdasarkan kepada adaptasi daripada Model Lewin (1946) dan Laidlow (1992) untuk meneliti aspek penguasaan kemahiran menulis ayat dan perenggan dalam kalangan murid Tahun Empat. Reka bentuk kajian kualitatif telah digunakan bagi kajian ini. Seramai lapan orang murid Tahun Empat telah melibatkan diri sebagai peserta kajian ini secara sukarela. Teknik pengumpulan data kajian ini melibatkan temu bual separa berstruktur dan penganalisisan dokumen karangan dan skor ujian intervensi murid. Penelitian terhadap keberkesanan pengaplikasian Model PWKBKK ini telah dilangsungkan di bilik darjah selama empat minggu. Manakala, teknik penganalisisan data yang digunakan ialah analisis tematik. Dua tema utama yang ditemui dalam kajian ini terdiri daripada kajian ini ialah (i) persepsi murid Tahun Empat terhadap pengaplikasian model PWKBKK dan (ii) impak pengaplikasian model PWKBKK terhadap kemahiran menulis ayat dan perenggan dalam kalangan murid Tahun Empat. Secara keseluruhannya, pengaplikasian Model PWKBKK dilihat mendatangkan impak yang positif terhadap peningkatan penguasaan kemahiran menulis ayat dan perenggan kerana kelapan-lapan peserta kajian didapati berupaya menghasilkan ayat dan perenggan dengan baik dan bersistematik.


Download File

[img] Text
125344.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial Share Alike.

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Education
Subject: Linguistics
Subject: Language Teaching
Divisions: Faculty of Educational Studies
DOI Number: https://doi.org/10.37134/perspektif.vol17.1.3.2025
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Kata bantu dan kata keterangan (PWKBKK); Kemahiran menulis ayat dan perenggan; Model penanda wacana; Murid Tahun Empat; UASA
Sustainable Development Goals (SDGs): SDG 4: Quality Education, SDG 10: Reduced Inequalities, SDG 5: Gender Equality
Depositing User: MS. HADIZAH NORDIN
Date Deposited: 07 May 2026 07:46
Last Modified: 07 May 2026 07:46
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.37134/perspektif.vol17.1.3.2025
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/125344
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item