UPM Institutional Repository

Kitab Adab Perempuan: analisis kandungan teks berdasarkan konsep sastera Islam oleh Mana Sikana


Citation

Mohd Nasir, Nur Yuhanis and Hussain, Eizah Mat and Hashim, Nurhamizah and Embong, Abdul Mutalib and Dzulkifli, Nor Fadhilah (2025) Kitab Adab Perempuan: analisis kandungan teks berdasarkan konsep sastera Islam oleh Mana Sikana. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 16 (2). pp. 40-50. ISSN 1823-6812; eISSN: 2600-8696

Abstract

Kajian ini menganalisis Kitab Adab Perempuan; sebuah teks yang ditulis oleh Ahmad bin Ya’qub Al-Johari, yang digunakan sebagai teks pendidikan di sekolah-sekolah agama perempuan di Johor pada awal abad ke-20. Teks ini ditulis pada tahun 1926 dalam tulisan Jawi dan telah ditransliterasi ke tulisan Rumi oleh Akademi Jawi Malaysia pada tahun 2017. Kitab Adab Perempuan mengandungi 31 bab yang merangkumi ilmu-ilmu berkaitan dengan adab, akhlak dan etika wanita Islam dalam kehidupan berumah tangga. Kandungannya meliputi pengurusan rumah tangga, tanggungjawab suami-isteri dalam perkahwinan serta pendidikan dan penjagaan anak, yang semuanya berasaskan kepada ajaran Islam. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kandungan kitab tersebut sebagai sebuah karya sastera Islam berdasarkan konsep sastera Islam oleh Mana Sikana, iaitu dengan menjadikan teori Taabudiyyah sebagai landasan kajian. Berdasarkan aspek latar penulis, pengisian, teknik penulisan dan fungsi teks, dapatan kajian menunjukkan bahawa Kitab Adab Perempuan memenuhi ciri-ciri sastera Islam bukan kreatif, berfungsi sebagai panduan hidup dan pendidikan yang selaras dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Teks ini mengintegrasikan nilai Islam dengan budaya Melayu, menonjolkan peranan wanita sebagai isteri, ibu dan pendidik yang bertanggungjawab menyemai nilai agama Islam dalam diri individu. Gaya penulisan yang mempunyai unsur estetik, jelas dan praktikal, dengan ayat tersusun dan bahasa lembut, memastikan mesej keislaman disampaikan secara efektif kepada pembaca. Sebagai warisan budaya Melayu-Islam, kitab ini signifikan dalam pembentukan identiti wanita Muslim, mencerminkan keseimbangan antara estetika dan logik Islam. Kajian ini turut menyumbang kepada pengayaan literatur sastera Islam melalui analisis teks yang menyerlahkan nilai moral, etika dan pendidikan dalam kerangka ajaran Islam yang memfokuskan kepada peranan wanita Islam dalam rumah tangga dan masyarakat.


Download File

[img] Text
125343.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial Share Alike.

Download (403kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Islamic Studies
Subject: Literature
Subject: Sociology
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.2.4.2025
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Kitab Adab Perempuan; Sastera Islam; Analisis kandungan teks; Konsep sastera Islam Mana Sikana; Sastera Islam bukan kreatif
Sustainable Development Goals (SDGs): SDG 5: Gender Equality, SDG 4: Quality Education, SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions
Depositing User: MS. HADIZAH NORDIN
Date Deposited: 07 May 2026 07:41
Last Modified: 07 May 2026 07:41
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.37134/pendeta.vol16.2.4.2025
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/125343
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item