UPM Institutional Repository

Perbahasan parlimen Malaysia kali ke-15 dari perspektif lakuan pertuturan


Citation

Atan, Nurlina and Che Rodi, Rozita (2025) Perbahasan parlimen Malaysia kali ke-15 dari perspektif lakuan pertuturan. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 16 (2). pp. 13-25. ISSN 1823-6812; eISSN: 2600-8696

Abstract

Perbahasan parlimen merupakan salah satu kegiatan berbahasa yang menonjolkan interaksi dua hala yang dimainkan peranannya oleh pemeran utama, sekali gus memperlihatkan adanya unsur saling memahami dalam ujaran yang dihasilkan. Dalam konteks ini, bahasa berfungsi sebagai penggerak kepada kegiatan berkomunikasi dengan mengambil kira aspek penting dalam berbahasa bagi menghasilkan ujaran yang berkesan. Penelitian yang dilihat dalam perbahasan parlimen yang diwakili oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang menemukan bahawa terdapat segelintir daripada ahli parlimen yang menyampaikan perbahasan hanya sekadar hujah kosong yang lebih terarah kepada politik, iaitu tanpa sebarang isi yang konkrit sebagai bahan yang dibahaskan. Perbahasan turut disaksikan lebih kepada hal remeh dan memperlihatkan sikap tidak profesionalisme ahli parlimen yang seterusnya membawa kepada ujaran yang lemah dan jauh daripada matlamat mematuhi konsep lakuan pertuturan yang sewajarnya dalam kalangan pemimpin rakyat. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ini terarah kepada mengenal pasti dan menjelaskan lakuan pertuturan yang terhasil melalui perbahasan parlimen dalam usaha untuk menghasilkan ujaran yang berkesan di kalangan pemeran utama perbahasan. Kaedah kualitatif digunakan dengan pengumpulan data melalui kaedah transkripsi dokumen bersandarkan Teori Lakuan Pertuturan Searle (1969). Hasil penelitian mendapati bahawa ahli parlimen memanfaatkan lakuan pertuturan asertif, direktif, komisif dan ekspresif, manakala didapati bahawa tiada penggunaan lakuan pertuturan deklaratif. Lakuan pertuturan ekspresif mencatatkan penggunaan yang paling dominan sebanyak 132 ujaran, diikuti oleh lakuan pertuturan asertif (116), direktif (105) dan komisif (24). Pengaplikasian lakuan pertuturan dalam perbahasan memperlihatkan bahawa penutur berupaya menghasilkan ujaran yang berkesan sebagai kaedah untuk mencapai matlamat dan objektif perbahasan masing-masing.


Download File

[img] Text
125317.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial Share Alike.

Download (324kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Linguistics
Subject: Political Science
Subject: Communication Studies
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.2.2.2025
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Perbahasan; Ujaran; Lakuan pertuturan; Parlimen
Sustainable Development Goals (SDGs): SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions, SDG 10: Reduced Inequalities, SDG 17: Partnerships for the Goals
Depositing User: MS. HADIZAH NORDIN
Date Deposited: 07 May 2026 07:36
Last Modified: 07 May 2026 07:36
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.37134/pendeta.vol16.2.2.2025
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/125317
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item