UPM Institutional Repository

Seni dan lirik lagu: disfemisme dalam album Billie Eilish - Happier Than Ever berpandukan lensa akal budi Melayu dan pragmatik


Citation

Daud, Muhammad Zaid and Zainal Abidin, Nadiah and Abd Hamid, Muhammad Faizul (2025) Seni dan lirik lagu: disfemisme dalam album Billie Eilish - Happier Than Ever berpandukan lensa akal budi Melayu dan pragmatik. Kupas Seni, 13 (2). pp. 1-9. ISSN 2289-4640; eISSN: 0127-9688

Abstract

Penggunaan bahasa dalam lirik lagu mencerminkan budaya dan nilai masyarakat. Album "Happier Than Ever" oleh Billie Eilish menggunakan disfemisme yang menonjol, bertentangan dengan norma eufemisme yang sopan dalam budaya Melayu dan ajaran Islam. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis impak disfemisme dalam lirik album ini terhadap pendengar Melayu, menggunakan lensa akal budi Melayu dan teori pragmatik. Metodologi kajian melibatkan analisis teks kualitatif, menggunakan teori relevans oleh Sperber dan Wilson (1986; 1995) serta rangka rujuk silang oleh Kempson (1986). Contoh data yang dianalisis termasuk lirik dari lagu "Your Power" dengan ungkapan "You ruined her in a year" yang mengkritik ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa, serta lirik dari lagu "OverHeated" yang menggunakan frasa "plastic body" dan "slut" untuk mengkritik standard kecantikan buatan. Lirik "Distract myself with pornography" dalam lagu "Male Fantasy" menonjolkan isu ketagihan pornografi, manakala ungkapan "Man I'm overheated" dalam lagu "OverHeated" menggambarkan kemarahan yang meluap-luap. Lirik "I hate the way she looks at me" dalam lagu "Male Fantasy" menyatakan kebencian yang kuat, dan frasa "drunk in your Benz" dalam lagu "Happier Than Ever" merujuk kepada bahaya penyalahgunaan alkohol. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan disfemisme dalam lirik ini mencabar norma kesopanan dan nilai budaya Melayu serta ajaran Islam, memberikan kesan kognitif yang signifikan dan memerlukan usaha pemprosesan tambahan oleh pendengar. Kajian ini merumuskan bahawa kandungan media popular, seperti lirik lagu, mempunyai potensi untuk mempengaruhi pemikiran dan sikap pendengar, menekankan kepentingan mempertimbangkan nilai-nilai budaya dan agama dalam penilaian media.


Download File

[img] Text
125316.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial Share Alike.

Download (184kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Linguistics
Subject: Cultural Studies
Subject: Musicology
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.37134/kupasseni.vol13.2.1.2025
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Disfemisme; Eufemisme; Lirik lagu; Billie eilish; Akal budi Melayu; Pragmatik
Sustainable Development Goals (SDGs): SDG 4: Quality Education, SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions, SDG 5: Gender Equality
Depositing User: MS. HADIZAH NORDIN
Date Deposited: 07 May 2026 00:39
Last Modified: 07 May 2026 00:39
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.37134/kupasseni.vol13.2.1.2025
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/125316
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item