Citation
Daud, Muhammad Zaid and Yusof, Mohd Nizam and Abd Hamid, Muhammad Faizul
(2025)
Konteks, kesan kognitif, dan usaha memproses mahasiswa Melayu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam penyusunan semula perkataan menjadi ayat gramatis Bahasa Jepun.
Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 18 (1).
pp. 117-128.
ISSN 2821-3173
Abstract
Keterikatan bahasa ibunda, khususnya bahasa Melayu, sering menjadi cabaran bagi pelajar dalam mempelajari bahasa ketiga seperti Bahasa Jepun. Salah satu aspek penting dalam interaksi verbal dan bukan verbal pelajar adalah pembinaan ayat mudah. Pola ayat dasar sering digunakan oleh pengajar untuk membantu pelajar menguasai nahu tatabahasa Jepun. Berdasarkan premis ini, kajian ini meneliti keterikatan penutur jati bahasa Melayu di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) semasa mereka mempelajari dan menjawab peperiksaan akhir kursus BLLW 1232: Bahasa Jepun 1. Kajian ini menggunakan Teori Relevans (TR) oleh Sperber dan Wilson (1986; 1995) untuk analisis data. Teori ini menekankan aspek konteks, kesan kognitif, dan usaha memproses dalam membantu pelajar membina dan menyusun semula perkataan atau frasa menjadi ayat yang lengkap dan gramatis dalam bahasa Jepun. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan analisis teks. Korpus data terdiri daripada ayat-ayat dalam bahasa Jepun yang diperoleh daripada peperiksaan akhir BLLW 1232: Bahasa Jepun 1, seksyen B, bahagian 1, yang mengandungi lima soalan. Pelajar diminta untuk menyusun semula perkataan atau frasa menjadi ayat lengkap dan gramatis. Sebanyak 100 kertas peperiksaan akhir dijadikan instrumen kajian, dengan pensampelan bertujuan memilih kertas-kertas peperiksaan yang dijawab oleh pelajar Melayu di UTeM. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat keterikatan yang ketara pada pola ayat dasar bahasa Melayu semasa menjawab soalan peperiksaan BLLW 1232, terutamanya dalam soalan yang melibatkan ayat panjang (rujuk soalan 4). Dari perspektif pragmatik (TR), kewujudan konteks yang baik dalam masyarakat Melayu membantu pelajar meningkatkan kesan kognitif mereka semasa menjawab soalan peperiksaan akhir ini. Penggubal soalan juga menggunakan andaian implikatur yang berkait rapat dengan persekitaran sosial pelajar, yang seterusnya mengurangkan usaha pemprosesan yang diperlukan oleh pelajar untuk membuat kesimpulan implikatur.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
 |
View Item |