UPM Institutional Repository

Kerintangan antibiotik dan pencapjarian DNA Salmonella Typhimurium diasingkan daripada pusat sembelihan ayam


Citation

Elias, Aishah and Abd Mutalib, Sahilah and Shahimi, Safiyyah and Mohd Zaini, Nurul Aqilah and Ariffin, Ahmad Azuhairi (2025) Kerintangan antibiotik dan pencapjarian DNA Salmonella Typhimurium diasingkan daripada pusat sembelihan ayam. Sains Malaysiana, 54 (9). pp. 2161-2170. ISSN 0126-6039

Abstract

Sebanyak 18 strain Salmonella Typhimurium telah diuji kerintangan antibiotik dan cap jari amplifikasi polimorfik DNA secara rawak (RAPD-PCR) dan cap jari elektroforesis gel medan denyut (PFGE). Semua strain S. Typhimurium telah dipencilkan daripada pusat penyembelihan ayam di Kajang, Malaysia pada bulan Februari, Mac dan Oktober 2020 disahkan dengan kaedah penjujukan. Semua pencilan rintang terhadap tiga atau lebih antibiotik yang diuji dengan tahap kerintangan paling tinggi mengikut turutan ditunjukkan terhadap eritromisin (94%), sefalotin (94%), tikarsilin (78%), seftriakson (72%), piperasilin (44%), kanamisin (17%) dan asid nalidiksik (11%). Strain S. Typhimurium didapati paling kurang kerintangan adalah terhadap siprofloksasin (6%). Genom DNA S. Typhimurium telah diuji dengan cap jari amplifikasi polimorfik asid deoksiribonukleik secara rawak tindak balas polimerase (RAPD-PCR) dan cap jari elektroforesis gel medan denyut (PFGE). RAPD-PCR menggunakan dua primer, NSCI dan NSCII, menunjukkan tiga kluster dan 10 pencilan tunggal dan lima kluster dan lapan pencilan tunggal pada tahap persamaan yang sama. Manakala analisis cap jari PFGE menggunakan XbaI dan AvrII menunjukkan lima kluster dan lapan pencilan tunggal dan empat kluster dan lapan pencilan tunggal pada tahap kesamaan 80% menggunakan Gel Compar II. Polimorfisme cap jari RAPD dan PFGE menunjukkan 18 jenis genom S. Typhimurium. Oleh itu, ia menunjukkan kerintangan antibiotik dan kepelbagaian genetik yang tinggi bagi pencilan S. Typhimurium dari pusat sembelihan yang dikaji.


Download File

[img] Text
125280.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (850kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Multidisciplinary
Divisions: Faculty of Medicine and Health Science
DOI Number: https://doi.org/10.17576/jsm-2025-5409-05
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Chicken slaughter house; Fingerprinting; PFGE; RAPD-PCR; Salmonella typhimurium
Sustainable Development Goals (SDGs): SDG 3: Good Health and Well-being, SDG 12: Responsible Consumption and Production, SDG 2: Zero Hunger
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 06 May 2026 05:08
Last Modified: 06 May 2026 05:08
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/jsm-2025-5409-05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/125280
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item