Citation
Ab Rahman, Intan Diana
(2024)
Amalan keselamatan siber program MyDigital Maker Champion dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Putrajaya, Malaysia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Amalan keselamatan siber ialah perbuatan melindungi peranti digital dan diri sendiri
daripada ancaman siber, dan haruslah diterapkan bermula di alam persekolahan lagi.
Kes-kes ancaman siber yang semakin meningkat setiap tahun telah memberikan kesan
negatif kepada mangsa seperti kerugian wang, harta benda serta gangguan emosi.
Tambahan pula, golongan remaja merupakan kumpulan majoriti pengguna internet
dan paling berisiko untuk terdedah kepada ancaman siber. Dengan menggunakan
Teori Penghindaran Ancaman Teknologi, Model Pengetahuan, Sikap dan Amalan,
serta Teori Tingkah Laku Terancang, kajian ini meneroka masalah ancaman siber
yang berlaku kepada pelajar sekolah menengah daripada program MyDigital Maker
Champion di Putrajaya, Malaysia, memahami amalan keselamatan siber pelajar serta
meneroka kaedah mengatasi masalah ancaman siber dalam kalangan pelajar.
Seterusnya, kajian ini mencadangkan kerangka tingkah laku keselamatan siber pelajar
sekolah menengah daripada program MyDigital Maker Champion di Putrajaya,
Malaysia. Kajian ini menggunakan paradigma interpretivis dengan reka bentuk kajian
kes. Data kualitatif diperolehi melalui kaedah temu bual, kumpulan berfokus dan
analisis dokumen arkib melibatkan enam orang pakar keselamatan siber iaitu guru
Sains Komputer, kaunselor sekolah dan pegawai Cybersecurity Malaysia, serta 15
pelajar sekolah menengah yang mengikuti program MyDigital Maker Champion. Data
telah dianalisis dengan menjalankan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat empat jenis ancaman siber iaitu 1) ancaman siber dari sudut penyalahgunaan
sistem; 2) ancaman siber dari sudut kandungan media; 3) ancaman siber dari sudut
penulisan; dan 4) ancaman siber dari sudut psikologi. Selain itu, terdapat dua bentuk
amalan keselamatan siber iaitu 1) amalan keselamatan siber yang ketat; dan 2) beretika
semasa melayari alam siber. Kajian ini juga mendapati, terdapat tiga kaedah mengatasi
masalah ancaman siber iaitu 1) memupuk kesedaran tentang ancaman siber; 2)
menerima sokongan sosial; dan 3) pelaksanaan undang-undang keselamatan siber
khusus untuk remaja. Dapatan kajian mendapati, pelajar memahami jenis ancaman
siber, amalan keselamatan siber serta kaedah mengatasi masalah ancaman siber.
Walau bagaimanapun, pelajar kurang mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka
kerana kurang mahir dan kurang pengetahuan dalam ilmu keselamatan siber. Sebagai
kesimpulan, kerangka tingkah laku keselamatan siber ini dapat memberikan panduan
kepada pelajar dalam menghadapi ancaman siber dan juga kepada pembangunan dasar
dalam menjalankan strategi mitigasi ancaman siber yang lebih berkesan, bukan sahaja
dalam konteks pelajar sekolah menengah tetapi juga kepada keseluruhan masyarakat
digital.
Download File
Additional Metadata
| Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
| Subject: |
Education, Secondary - Malaysia. |
| Subject: |
Computer security - Malaysia. |
| Subject: |
Data protection - Malaysia. |
| Call Number: |
FPP 2024 35 |
| Chairman Supervisor: |
Profesor Ismi Arif bin Ismail, PhD |
| Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
| Keywords: |
Ancaman siber; Amalan keselamatan siber; Mydigital maker
champion; Pelajar sekolah menengah; Putrajaya |
| Sustainable Development Goals (SDGs): |
MATLAMAT 4: Pendidikan Berkualiti |
| Depositing User: |
Ms. Rohana Alias
|
| Date Deposited: |
13 May 2026 06:41 |
| Last Modified: |
13 May 2026 06:41 |
| URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/125277 |
| Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |