Citation
Abstract
Akibat daripada kesan pemanasan global dan krisis kehabisan sumber tenaga fosil, terdapat alternatif baharu untuk menggantikan penggunaan bahan api fosil kepada bahan api boleh diperbaharui iaitu biojet daripada proses penyahoksigenan (DO) minyak isirung sawit (PKO) menggunakan mangkin FeMo/ACB. Proses pengoptimuman ke atas penyahoksigenan PKO menggunakan mangkin FeMo/ACB telah dijalankan dengan metodologi rangsangan permukaan (RSM) bersama dengan reka bentuk komposit pusat (CCD). Tiga parameter telah difokuskan; jumlah mangkin (1-9) wt%, suhu tindak balas (270-350) ℃ dan tempoh tindak balas (30-300) min. Tindak balas yang dikaji ialah hasil selektiviti terhadap bahan api jet (BJF) aktiviti biojet. Model kuadratik dan model linear telah dipilih untuk menentukan selektiviti bahan api jet (C10-C17). Penilaian ke atas interaksi antara parameter telah dikaji dan keputusan menunjukkan bahawa kesan interaksi antara suhu tindak balas dan masa memberikan kesan yang besar terhadap kenaikan aktiviti DO. Pekali variasi dan R2 masing-masing adalah 3.38% dan 0.9652 menunjukkan ketepatan model yang tinggi. DO terus dioptimumkan menggunakan RSM dan keputusan menunjukkan bahawa tindak balas DO berjaya dicapai pada paras optimum suhu 320 °C dan masa tindak balas 165 minit dengan menghasikan 95% produk memilih terhadap bahan api jet.
Download File
Official URL or Download Paper: https://www.ukm.my/jsm/pdf_files/SM-PDF-54-6-2025/...
|
Additional Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Subject: | Multidisciplinary |
| Divisions: | Faculty of Science Faculty of Humanities, Management and Science |
| DOI Number: | https://doi.org/10.17576/jsm-2025-5406-07 |
| Publisher: | Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Keywords: | Catalyst; Deoxygenation (DO); Optimization; Palm Kernel Oil (PKO); Response Surface Methodology (RSM) |
| Sustainable Development Goals (SDGs): | SDG 7: Affordable and Clean Energy, SDG 12: Responsible Consumption and Production, SDG 13: Climate Action |
| Depositing User: | MS. HADIZAH NORDIN |
| Date Deposited: | 30 Apr 2026 15:51 |
| Last Modified: | 30 Apr 2026 15:51 |
| Altmetrics: | http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/jsm-2025-5406-07 |
| URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/124867 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
