UPM Institutional Repository

Gentian optik tirus untuk pengesanan DNA khinzir berdasarkan kaedah sensor medan evanesen


Citation

Mat Yeh, Ros Maria and Abd Karim, Nurul Huda and Abd Razak, Mohd Zulhakimi and Mahdi, Mohd Azir and Arsad, Norhana (2025) Gentian optik tirus untuk pengesanan DNA khinzir berdasarkan kaedah sensor medan evanesen. Jurnal Kejuruteraan, 37 (6). pp. 2971-2981. ISSN 0128-0198; eISSN: 2289-7526

Abstract

Kajian ini mencadangkan pembangunan gentian optik tirus untuk pengesanan DNA khinzir berdasarkan kaedah sensor medan evanesen. Pengesanan DNA merupakan kaedah yang lazim digunakan berbanding pengesanan protein kerana proses yang rumit dan protein mengalami proses denaturasi. Gentian optik mod tunggal (SMF) ditiruskan untuk menghasilkan diameter pinggang 12 µm dengan panjang rantau tirus 15 mm. Prob DNA dengan kepekatan optimum dipegunkan diatas permukaan kawasan tirus gentian optik seterusnya berlaku proses penghibridan dengan DNA target (cDNA). Eksperimen dimulakan dengan menitiskan prob DNA berkepekatan 6 μM di rantau tirus untuk proses pemegunan prob DNA. Seterusnya DNA target 4 μM dititiskan ke atas rantau tirus yang telah dipegunkan dengan prob DNA. Spektrum penghantaran sensor gentian optik pengesanan DNA diukur dalam julat panjang gelombang 1500 nm hingga 1600 nm. Peralihan panjang gelombang bagi biosensor ini adalah berkadar linear dengan peningkatan kepekatan cDNA dari 1x10-15 hingga 1x10-6 M. Julat linear sensor DNA diukur sebagai 1 x10-10 hingga 1 x10-6 M. Sensor ini memiliki tahap kepekaan 0.224nm/log [cDNA]M dengan had pengesanan (LOD) adalah 6.16875×10–11M. Dapatan kajian mendapati, DNA khinzir berjaya dikesan menggunakan gentian optik tirus tanpa sebarang modifikasi permukaan yang melibatkan reagen kimia. Pemegunan prob DNA dan penghibridan DNA target tanpa melalui proses pemfungsian gentian optik tirus berupaya menjimatkan tempoh masa dan memudahkan proses penyediaan kerana tidak melibatkan penggunaan beberapa reagen kimia. Daripada hasil yang diperolehi, gentian optik tirus yang dicadangkan berpotensi sebagai pengesanan penghibridan DNA.


Download File

[img] Text
124857.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Engineering (all)
Divisions: Faculty of Engineering
DOI Number: https://doi.org/10.17576/jkukm-2025-37(6)-32
Publisher: National University of Malaysia
Keywords: DNA biosensor; Evanescent wave; refractive index; Tapered optical fiber
Sustainable Development Goals (SDGs): SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure, SDG 3: Good Health and Well-being, SDG 2: Zero Hunger
Depositing User: MS. HADIZAH NORDIN
Date Deposited: 30 Apr 2026 15:57
Last Modified: 30 Apr 2026 15:57
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/jkukm-2025-37(6)-32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/124857
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item