Citation
Hilmi, Nor Hasmida
(2020)
Wacana tekstual dari sudut nilai dalam skrip drama Nur.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini menggunakan skrip drama Melayu berjudul Nur (2018) sebagai bahan kajian. Sesebuah penceritaan atau drama pasti memiliki nilai tersendiri yang dianggap sebagai tunjang utama dalam menghidupkan sesuatu watak. Hal ini penting untuk memastikan sesuatu karya yang dilakukan mampu memberikan nilai murni sebagai teladan kepada masyarakat. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan mengenal pasti wacana tekstual dari sudut nilai dalam skrip drama Nur dan menganalisis kesan wacana tekstual dari sudut nilai skrip drama Nur dalam kalangan penonton. Hal ini dilakukan dengan cara menemu bual berdasarkan beberapa soalan yang telah disediakan. Kedua-dua objektif kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menganalisis skrip drama Nur dengan menggunakan teori analisis wacana Normaliza Abd Rahim (2019). Seterusnya, pemilihan responden dalam kajian ini terdiri daripada 3 orang lelaki dan 13 orang perempuan, melibatkan penonton drama Nur (2018) yang dilaksanakan secara bertujuan. Pemilihan responden ini telah dilaksanakan secara bertujuan untuk melihat sejauh mana drama Melayu berjudul Nur (2018) ini mendapat perhatian dan tempat di hati dalam penonton.Dengan itu, dapatan kajian bagi objektif satu dapat dibuktikan bahawa drama Nur (2018) telah mengetengahkan nilai murni seperti nilai keagamaan dan kekeluargaan. Dapatan kajian bagi objektif kedua pula, penonton dilihat mempunyai tanggapan positif terhadap penceritaan tersebut kerana menyedarkan penonton mencontohi watak Nur yang tidak berputus asa dengan ujian Tuhan, menyelami perasaan golongan tunasusila dari sudutpositif dan tidak bersikap menghakimi mereka.
Download File
Additional Metadata
| Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
| Subject: |
Malay drama (Television programs) - Analysis |
| Subject: |
Television audiences - Psychology |
| Call Number: |
FBMK 2020 72 |
| Chairman Supervisor: |
Normaliza binti Abd Rahim, PhD |
| Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
| Keywords: |
Textual discourse; Values; Drama script; Nur (2018); Malay drama; Moral values; Religious values; Family values; Audience perception; Qualitative analysis |
| Sustainable Development Goals (SDGs): |
SDG 4: Quality Education, SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions, SDG 5: Gender Equality |
| Depositing User: |
Ms. Rohana Alias
|
| Date Deposited: |
29 Apr 2026 03:41 |
| Last Modified: |
29 Apr 2026 03:41 |
| URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/124339 |
| Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |