UPM Institutional Repository

Gaya Kepengarangan dalam Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Berdasarkan Metafora Konsepsi


Citation

Mohamad Suhaimi, Ummi Syaza Nabilah and Che Rodi, Rozita (2025) Gaya Kepengarangan dalam Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Berdasarkan Metafora Konsepsi. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu, 13 (1). pp. 3-14. ISSN 2289-4268

Abstract

Dalam penghasilan sesebuah karya sastera, idea pemikiran yang dizahirkan oleh pengarang disampaikan dengan kata-kata yang indah dan mempunyai gaya bahasa yang berbunga. Sekiranya masyarakat kurang penghayatan dan pemahaman bagi memahami maksud tersurat dan tersirat yang disampaikan melalui metafora maka mereka akan menghadapi masalah dalam proses pentafsiran makna bagi kepengarangan ini. Hal ini demikian kerana sesuatu makna dan pemikiran itu tidak boleh lari untuk diteliti dari segi semantik kognitif. Melalui acuan semantik kognitif, setiap idea pemikiran yang mempunyai kepelbagaian makna secara implisit dalam kepengarangan novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka ini dapat difahami. Dalam menjalankan kajian ini, pertama sekali ujaran watak yang menonjolkan elemen metafora konsepsi telah dikenal pasti bagi mengelompokkan berdasarkan jenis-jenisnya. Seterusnya, data bagi elemen metafora konsepsi diinterpretasi. Kemudian, penggunaan metafora konsepsi dalam kepengarangan novel ini dirumuskan pemaknaannya. Rentetan itu, Teori Metafora Konsepsi yang dipelopori Lakoff dan Johnson (1980) menjadi pegangan untuk merungkai objektif kajian ini. Kaedah kualitatif digunakan untuk mengumpul data dan menganalisis teks. Hasil kajian mendapati bahawa metafora konsepsi yang paling dominan ialah metafora konsepsi ontologi, iaitu sebanyak 106 atau 48%. Kekerapan penggunaan metafora konsepsi yang kedua tinggi ialah metafora konsepsi struktural, iaitu sebanyak 76 atau 34% manakala penggunaan kekerapan paling rendah adalah sebanyak 40 atau 18%, iaitu metafora konsepsi orientasi. Kajian ini menunjukkan bahawa elemen metafora konsepsi yang diselitkan dalam kepengarangan sastera ini dibantu oleh kognitif manusia bagi memproses sesuatu perkara abstrak di dalam minda kepada bentuk pemikiran yang konkrit.


Download File

[img] Text
124337.pdf - Published Version

Download (612kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Literature
Subject: Linguistics
Subject: Philosophy
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.17576/jatma-2025-1301-01
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Keywords: Semantik kognitif; Metafora konsepsi struktural; Metafora konsepsi ontologi; Metafora konsepsi orientasi; Hamka; Tenggelamnya kapal van der wijck
Sustainable Development Goals (SDGs): SDG 4: Quality Education, SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions, SDG 10: Reduced Inequalities
Depositing User: Ms. Siti Radziah Mohamed@mahmod
Date Deposited: 15 Apr 2026 03:16
Last Modified: 15 Apr 2026 03:16
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/jatma-2025-1301-01
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/124337
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item