UPM Institutional Repository

Persepsi Perlaksanaan Dan Kepuasan Komuniti Sekolah Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Menengah, Perak, Malaysia


Citation

Krishnan, Arumugam (2010) Persepsi Perlaksanaan Dan Kepuasan Komuniti Sekolah Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Menengah, Perak, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian deskriptif tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perlaksanaan dan tahap kepuasan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Perak. Subjek kajian terdiri daripada 570 responden, iaitu 24 pentadbir, 26 guru bimbingan dan kaunseling, 60 guru biasa dan 460 murid. Kajian ini menggunakan 4 soal selidik yang setiapnya mengandungi 3 bahagian, iaitu a) demografi responden; b) tahap perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling; dan c) tahap kepuasan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statitistik deskriptif terdiri daripada min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus. Sementara statistik inferensi terdiri daripada ujian t, ANOVA sehala, ujian Post Hoc Scheffe dan ujian korelasi.Perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah ditahap sederhana tinggi mengikut persepsi pentadbir (M=3.56, SP= .78), guru bimbingan dan kaunseling (M=3.38, SP= .40) dan guru biasa (M=3.09, SP= .63). Manakala, murid berpendapat tahap perlaksanaan berada pada tahap sederhana rendah (M=2.39, SP= .89). Namun begitu, tahap kepuasan pula berada pada tahap sederhana tinggi mengikut kesemua responden. Terdapat perbezaan min yang signifikan terhadap tahap perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling antara persepsi pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru biasa dan murid. Di samping itu juga, terdapat perbezaan min yang signifikan terhadap tahap perlaksanaan dan tahap kepuasan antara etnik murid. Perbezaan ini disebabkan oleh min persepsi murid Cina yang rendah. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif yang signifikan antara tahap perlaksanaan dan tahap kepuasan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengikut persepsi pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, dan guru biasa. Manakala. mengikut persepsi murid, terdapat hubungan yang positif antara tahap perlaksanaan dan tahap kepuasan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, tetapi rendah, iaitu r= 0.32. Hanya 10% varian dalam tahap kepuasan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sahaja mempunyai hubungan dengan tahap perlaksanaan. Berdasarkan maklumat yang terkumpul, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP_2010_4A.pdf

Download (407kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Counseling in secondary education - Perak
Subject: Educational counseling - Study and teaching - Perak
Call Number: FPP 2010 4
Chairman Supervisor: Professor Dr. Kamariah Abu Bakar, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 12 Jul 2011 02:12
Last Modified: 29 Oct 2013 04:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12419
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item