Citation
Ismail, Noralai
(2009)
Hubungan Persekitaran Tempat Kerja Dengan Komitmen Jururawat Di Hospital Kerajaan.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Fenomena kekurangan jururawat yang dihadapi di dalam sesebuah hospital
sememangnya bukan sahaja berlaku di dalam negara kita tetapi turut berlaku di luar
negara. Kekurangan jururawat ini disebabkan oleh banyak faktor seperti penghijrahan
jururawat ini ke negara-negara lain yang menawarkan tawaran pendapatan yang lebih
besar, kadar jururawat yang pencen tidak seimbang dengan kadar pengambilan
jururawat baru dan salah satunya adalah kekurangan jururawat ini yang dikaitkan
dengan persekitaran tempat kerja. Persekitaran tempat kerja yang terdiri daripada
pelbagai elemen ini dikatakan memberi kesan kepada jururawat ini terutamanya elemen
komitmen kerja.
Justeru, tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti hubungan antara
faktor persekitaran tempat kerja dengan komitmen kerja jururawat di hospital kerajaan
terpilih, yang boleh dikaitkan dengan isu kekurangan jururawat ini. Objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti perkaitan di antara faktor persekitaran tempat kerja
dengan komitmen kerja dalam kalangan jururawat, mengenalpasti tahap komitmen kerja
dalam kalangan jururawat, mengenalpasti hubungan corak pekerjaan dengan komitmen
kerja, mengenalpasti hubungan pendapatan dan peluang kenaikan pangkat dengan
komitmen kerja, mengenalpasti hubungan penyelia dan penyeliaan dengan komitmen
kerja dan mengenalpasti hubungan sokongan rakan sekerja dengan komitmen kerja.
Kajian ini dijalankan ke atas 246 orang jururawat terlatih yang bertugas di pelbagai unit
di tiga hospital kerajaan. Satu set borang soal selidik digunakan sebagai instrumen
kajian. Pemilihan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan persampelan rawak
mudah dari setiap hospital yang terlibat. Analisis data telah dilaksanakan dengan
menggunakan perisian (SPSS) versi 15.0. Ujian statistik deskriptif seperti frekuensi,
peratusan dan min digunakan untuk membuat interpretasi hubungan komitmen kerja
dengan faktor persekitaran tempat kerja.. Bagi mengenalpasti hubungan di antara
pembolehubah bersandar dengan pembolehubah tidak bersandar, kaedah kolerasi
dijalankan.
Hasil kajian mendapati bahawa komitmen kerja dalam kalangan jururawat berada pada
tahap sederhana dalam perkaitan dengan pendapatan dan peluang kenaikan pangkat,
penyelia dan penyeliaan dan sokongan rakan sekerja manakala bagi tahap tinggi ianya
merangkumi corak pekerjaan dan komitmen kerja terhadap organisasi. Secara
keseluruhannya, implikasi yang didapati daripada kajian yang dijalankan adalah secara
asasnya memberi implikasi kepada dua pihak yang berlainan tetapi saling berkaitan,iaitu organisasi di mana responden berkhidmat dan juga kakitangan. Justeru itu didapati
juga, semua responden masih tidak sepenuhnya berpuashati terhadap aspek faktor
persekitaran tempat kerja yang mana ianya mempengaruhi komitmen kerja mereka.
Kajian ini mencadangkan amalan kepimpinan dan tahap pengetahuan dalam kalangan
penyelia ditingkatkan serta membuka lebih banyak peluang kepada jururawat untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dengan pelbagai cara yang bersesuaian dengan
corak pekerjaan jururawat dan penyesuaian corak kerja yang dipraktikan di luar negara
sekarang ini iaitu kewujudan magnet hospital dengan negara kita.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Hospitals - Malaysia - Employees |
Subject: |
Work environment - Malaysia |
Subject: |
Hospitals - Medical staff - Malaysia - Case studies |
Call Number: |
FPP 2009 29 |
Chairman Supervisor: |
Prof. Madya. Dr. Norhasni Zainal Abiddin |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Mohd Nezeri Mohamad
|
Date Deposited: |
12 Jul 2011 02:49 |
Last Modified: |
27 May 2013 07:52 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12415 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |