UPM Institutional Repository

Homecoming VI Raikan Alumni UPM


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Homecoming VI Raikan Alumni UPM. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 22 Mei – Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) meraikan lebih 350 alumninya pada acara Majlis ‘Homecoming VI’, Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang di sini. Naib Canselor UPM , Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata UPM yang genap 80 tahun kewujudannya pada tahun ini menuntut semua komuniti UPM dan alumni agar menyumbang khidmat bakti kepada komuniti supaya terus unggul dan berdaya maju. “Hari Alumni UPM pada 21 Mei sangat bererti dalam menghimpunkan kekuatan ahli persatuan daripada pelbagai lapisan umur dengan penglibatan warga kampus untuk bersama memberi sumbangan bermakna kepada kemajuan dan kecemerlangan universiti,” katanya. Katanya ini adalah penting bagi UPM mengukuhkan hubungan strategik dengan alumni serta menjadikan alumni sebagai pembuka laluan peluang kerja kepada graduan dan menjadi penyumbang kepada universiti dalam menjayakan enam matlamat yang diwujudkan dalam Pelan Strategik UPM. “Usaha mengumpulkan alumni perlu ditingkatkan oleh PAUPM dengan kerjasama Pusat Alumni agar program yang dianjurkan memberi impak yang lebih besar kepada UPM,” katanya pada majlis di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Majlis yang bertujuan meraikan kepulangan alumni ke kampus dan mengeratkan silaturrahim antara alumni dan alma mater itu turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada lima persatuan utama UPM iaitu Persatuan Alumni UPM, Persatuan Pegawai Akademik UPM, Persatuan Pegawai Pentadbir UPM, Persatuan Wanita UPM (PERMATA) dan Kelab Ragbi UPM, The Serdang Angles. Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Rohani Ibrahim berkata sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei akan menjadi acara tradisi kepada graduan UPM serta memperkukuhkan jaringan antara alumni UPM bagi penjanaan ilmu untuk dimafaatkan oleh masyarakat.


Download File

[img]
Preview
PDF
Homecoming_VI_Raikan_Alumni_UPM.pdf

Download (108kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Norhaliza Zainal
Date Deposited: 18 May 2011 05:12
Last Modified: 27 May 2013 07:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12381
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item