Simple Search:

Implikatur Dalam Ujaran Watak Dalam Filem Seniman Agung P. Ramlee


Citation

Atan, Mustafa (2010) Implikatur Dalam Ujaran Watak Dalam Filem Seniman Agung P. Ramlee. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini dilakukan untuk menganalisis implikatur dalam ujaran watak filem Seniman Agung P. Ramlee. Dalam menganalisis implikatur yang dijadikan bahan kajian, pengkaji menggunakan Teori Relevans oleh Sperber dan Wilson (1995). Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan implikatur,dalam filem, mengenalpasti fungsi implikatur dalam filem untuk menyampaikan mesej dalam bahasa dan budaya Melayu dan membincangkan keberkesanan penggunaan implikatur dalam menonjolkan aspek bahasa dan budaya Melayu. Ujaran-ujaran yang mempunyai makna implisit atau makna yang tidak digambarkan oleh kata-kata yang membina ujaran tersebut telah dipetik sebagai data kajian Penganalisisan terhadap implikatur yang dikaji mencakupi aspek kesantunan berbahasa masyarakat Melayu dalam menyampaikan nasihat, mencabar, menyatakan kekesalan menyindir dan mengejek. yang disampaikan secara tidak langsung kepada pendengar.. Seseorang yang mengamalkan bahasa yang sopan ketika berkomunikasi dipandang tinggi oleh masyarakat Melayu. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dibuat rumusan bahawa ujaran yang dituturkan dalam filem yang dikaji mempunyai makna yang berlapik atau tersirat. Hal ini sesuai dengan budaya msyarakat Melayu yang tidak menyampaikan hasrat dan keinginan mereka secara berterus terang. Hasil kajian menunjukkan masyarakat Melayu menggunakan pelbagai bentuk bahasa dalam ujaran-ujaran yang bertujuan untuk menyampaikan mesej atau maksud seperti penyataan yang berlebihan, bahasa sindiran, bahasa kiasan, metafora dan ketidak sesuaian mengikut konteks. Hasil kajian juga mendapati konteks, kesan konteks dan kos memproses maklumat adalah penting untuk memastikan mesej yang disampaikan berjaya disingkap oleh pendengar.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2010_14A.pdf

Download (335kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: P. Ramlee
Subject: Malay language - Malaysia
Subject: Culture in motion pictures
Call Number: FBMK 2010 14
Chairman Supervisor: Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 12 Jul 2011 15:44
Last Modified: 27 May 2013 15:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12338
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item