UPM Institutional Repository

Kesejahteraan budaya subjektif lokal dalam kalangan komuniti warga emas Orang Asli Jakun di Pahang, Malaysia


Citation

Jalaludin, Muhamad Luqmanudin (2024) Kesejahteraan budaya subjektif lokal dalam kalangan komuniti warga emas Orang Asli Jakun di Pahang, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini menjelaskan kesejahteraan subjektif budaya dalam kalangan warga emas Orang Asli Jakun, Pahang, Malaysia. Pengukuran kesejahteraan hidup masyarakat di Malaysia dilihat masih lagi berteraskan perspektif objektif dengan menggunakan pengukuran ekonomi. Selain itu, konsep kesejahteraan subjektif yang khusus bagi warga emas Orang Asli juga masih lagi kabur dan kajian mengenainya adalah terbatas walaupun Malaysia dijangka menjadi negara tua menjelang tahun 2030. Pembangunan yang berlaku di sekitar penempatan Orang Asli sudah semestinya memberi kesan kepada kesejahteraan hidup mereka. Maka menjadi satu keperluan untuk melihat konsep kesejahteraan Orang Asli khususnya bagi golongan warga emas. Kesejahteraan budaya dilihat penting bagi masyarakat Orang Asli kerana mereka mempunyai budaya, sistem kepercayaan dan gaya hidup yang berbeza dengan masyarakat arus perdana. Justeru, kajian ini memberi satu sudut pandang yang berbeza dengan melihat konsep kesejahteraan secara subjektif yang memberi fokus kepada kesejahteraan subjektif budaya bagi warga emas Orang Asli Jakun. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk: (i) menjelaskan konsep kesejahteraan subjektif budaya warga emas Orang Asli Jakun; (ii) meneroka indikator kesejahteraan subjektif budaya warga emas Orang Asli Jakun; dan (iii) menghuraikan status kesejahteraan subjektif budaya warga emas Orang Asli Jakun. Seramai 15 orang informan terlibat dalam Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD), Teknik Kumpulan Nominal (NGT) dan temu bual secara mendalam yang terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas yang ditinggal di daerah Rompin, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian secara kajian kes. Analisis kajian adalah berasaskan tema. Berdasarkan dapatan kajian terdapat empat tema besar dalam membincangkan konsep kesejahteraan subjektif budaya warga emas Orang Asli Jakun iaitu: (i) Keselesaan; (ii) Kegembiraan; (iii) Ketenangan; dan (iv) Kesedaran. Manakala dari segi indikator pula, dapatan kajian menunjukkan terdapat lapan indikator kesejahteraan subjektif budaya warga emas Orang Asli Jakun iaitu: (i) Identiti; (ii) Tanah dan Alam Sekitar; (iii) Pemeliharaan Budaya; (iv) Amalan Budaya dan Tradisi; (v) Spiritual dan Kerohanian; (vi) Bahasa; (vii) Ikatan Keluarga dan Komuniti; dan (viii) Pengiktirafan dan Penghormatan. Bagi status kesejahteraan hidup subjektif warga emas Orang Asli Jakun, hasil analisis menunjukkan empat indikator yang memiliki status baik iaitu: (i) Identiti; (ii) Amalan Budaya dan Tradisi; (iii) Spiritual dan Kerohanian; dan (iv) Ikatan Keluarga dan Komuniti. Manakala empat indikator lagi berstatus kurang baik iaitu: (i) Tanah dan Alam Sekitar; (ii) Pemeliharaan Budaya; (iii) Bahasa; dan (iv) Pengiktirafan dan Penghormatan. Kesimpulannya, kesejahteraan subjektif budaya dalam kalangan komuniti warga emas Orang Asli Jakun memberikan satu fahaman baharu terhadap kesejahteraan hidup masyarakat Orang Asli. Senario kesejahteraan hidup objektif dalam komuniti warga emas Orang Asli yang menyatakan mereka tidak sejahtera adalah tidak benar. Implikasinya, kedaifan dan kemiskinan yang dilihat dari mata kasar sebenarnya tidak menggambarkan kesejahteraan hidup yang tidak sejahtera. Malah, kesejahteraan subjektif budaya juga boleh menggambarkan kesejahteraan komuniti. Pengukuran subjektif juga perlu di ambil kira dalam mengisi pembangunan bukannya hanya melihat kepada fizikal semata-mata. Hal ini bagi memastikan peningkatan dalam indeks Kesejahteraan Hidup masyarakat Orang Asli.


Download File

[img] Text
122813.pdf

Download (1MB)
Official URL or Download Paper: https://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18676

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Indigenous peoples - Malaysia
Subject: Well-being - Cultural aspects
Subject: Cultural preservation - Malaysia
Call Number: FEM 2024 11
Chairman Supervisor: Mohd Roslan Rosnon, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Keywords: Subjective cultural well-being; Elder Orang Asli Jakun; Pahang, Malaysia; Qualitative research; Case study; Cultural identity; Land and environment; Cultural preservation; Spiritual well-being; Family and community ties
Sustainable Development Goals (SDGs): SDG 10: Reduced Inequalities, SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions, SDG 11: Sustainable Cities and Communities
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 28 Apr 2026 07:25
Last Modified: 28 Apr 2026 07:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/122813
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item