Citation
Abdul Aziz, Muhammad Hannan
(2023)
Kefahaman masyarakat terhadap keberkesanan penggunaan herba dalam perubatan tradisional Melayu di Zon Tengah, Selangor, Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kefahaman masyarakat Melayu terhadap keberkesanan penggunaan herba dalam
rawatan telah menjadi perbincangan yang berkembang pesat dari masa ke semasa.
Kaedah rawatan berdasarkan herba telah memberikan impak positif kepada kehidupan
manusia. Walaupun begitu, terdapat sebahagian masyarakat Melayu yang masih keliru
mengenai fungsi dan manfaat perubatan tradisional, serta terdapat penyakit yang tidak
dapat diubati melalui perubatan moden tetapi sembuh melalui kaedah perubatan
tradisional Melayu. Di Malaysia, perawatan herba masih belum dianggap sepenuhnya
sebagai komponen utama dalam kaedah rawatan kesihatan, dan kurangnya
penyelidikan tentang tumbuhan herba dalam negara ini berbanding dengan kajian yang
dilakukan di luar negara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor
penggunaan serta jenis-jenis herba dalam perubatan Melayu tradisional Di Zon Tengah
Daerah Selangor, mengetahui kefahaman masyarakat menurut perspektif perubatan
tradisional Melayu dan menganalisis kefahaman masyarakat Melayu melalui tanggapan
keberkesanan penggunaan herba daripada latar belakang responden yang berbeza.
Pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan dalam pelaksanaan kajian ini,
melibatkan kajian literatur, penyelidikan perpustakaan, soal selidik, temu bual, dan
edaran soal selidik kepada 327 responden. Kajian ini juga menggunakan pensampelan
rawak dan data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 25. Pendekatan
Theory Of Planned Behaviour digunakan untuk merangkumi elemen keinginan, amalan,
tanggapan, norma subjektif, dan kawalan perbuatan. Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa herba dalam rawatan berfungsi sebagai penyembuh penyakit fizikal dan
jasmani. Penggunaan herba juga memiliki nilai perubatan yang tinggi dan memberikan
sumbangan yang setara dengan institusi perubatan moden yang sedia ada.
Download File
Additional Metadata
| Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
| Subject: |
Traditional medicine - Malaysia |
| Subject: |
Medicinal plants - Therapeutic use - Malaysia |
| Subject: |
Herbal medicine - Malaysia |
| Call Number: |
FEM 2023 10 |
| Chairman Supervisor: |
Ahmad Nasir Mohd Yusoff, PhD |
| Divisions: |
Faculty of Human Ecology |
| Keywords: |
Malay traditional medicine; Herbal medicine; Public perception; Health beliefs; Effectiveness; Selangor, Malaysia; Central Zone; Qualitative research; Quantitative research; Theory of Planned Behavior |
| Sustainable Development Goals (SDGs): |
SDG 3: Good Health and Well-being, SDG 11: Sustainable Cities and Communities, SDG 12: Responsible Consumption and Production |
| Depositing User: |
Ms. Rohana Alias
|
| Date Deposited: |
27 Apr 2026 03:14 |
| Last Modified: |
27 Apr 2026 03:14 |
| URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/122532 |
| Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |