UPM Institutional Repository

Kajian pelajar FPSK berpotensi hasilkan jurnal berimpak tinggi


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Kajian pelajar FPSK berpotensi hasilkan jurnal berimpak tinggi. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 21 April – Kajian projek ilmiah tahun akhir pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) berpotensi menghasilkan jurnal berimpak tinggi yang mampu mengekalkan prestasi Research University (RU) UPM, kata Dekannya Prof. Norlijah Othman. “Hasil kajian itu dapat memupuk pesaingan sihat dan kemahiran dalam mempersembahkan hasil projek ilmiah tahun akhir dari setiap program sains kesihatan. “Hasil penyelidikan dari pemenang wajar diakhiri dengan penerbitan jurnal di dalam atau di luar negara atau dikomersialkan jika produknya sesuai,” katanya ketika merasmikan Seminar Kajian Ilmiah Sains Kesihatan. Seminar bagi pelajar tahun akhir itu merupakan kursus teras dalam syarat bergraduat bagi pelajar yang mengikuti Program Bacelor Sains FPSK iaitu Bacelor Bioperubatan, Bacelor Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Bacelor Pemakanan dan Kesihatan Komuniti serta Bacelor Kejururawatan. Antara pembentangan lisan poster terbaik dalam seminar itu ialah ‘Vitamin D Intake And Sun Exposure Among Athletes In National Sports Institute’ oleh pelajar Bacelor Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Leong LW mengenai peranan vitamin D untuk kesihatan fizikal serta prestasi atlet. “Kajian ini mengenalpasti pengambilan vitamin D, pendedahan kepada sinaran matahari dan jenis kulit untuk atlet bagi aktiviti indoor dan outdoor,” katanya. Turut terpilih sebagai projek terbaik adalah ‘Comparative Analysis of the Bioavailability of BHMC and Curcumin in Rats’ oleh Lee Yu Zhao dari Bacelor Sains Bioperubatan, ‘Risk Assessment Of Exposure To Lead In Tap Water Among Residents Of Seri Kembangan’ oleh Lim Chee Siang dari Bacelor Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan serta ‘Stressors Among Mothers Whose Baby Was Admitted To Neonatal Intensive Care Unit’ oleh Hanizah Muhammad dari Bacelor Kejururawatan.


Download File

[img]
Preview
PDF
Kajian_pelajar_FPSK_berpotensi_hasilkan_jurnal_berimpak_tinggi.pdf

Download (81kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 04 May 2011 01:04
Last Modified: 27 May 2013 07:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12239
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item