Simple Search:

Perilaku berbahasa sopan dan kasar dalam peribahasa Melayu


Citation

Zainon Hamzah, Zaitul Azma and Mat Hassan, Ahmad Fuad (2010) Perilaku berbahasa sopan dan kasar dalam peribahasa Melayu. In: International Seminar of Fiction and Faction in the Malay World, 11-12 November 2010, Frankfurt University, German. .

Abstract / Synopsis

Peribahasa mencerminkan peraturan-peraturan, nilai-nilai, dan kehendak-kehendak masyarakat Melayu silam. Apa-apa yang dilahirkan melalui peribahasa itu adalah berupa nasihat, menyatakan adat istiadat dengan berbagai-bagai ragam bahasa yang tinggi dan bernilai sastera. Dalam Peribahasa Melayu terdapat peribahasa Melayu yang memancarkan perilaku berbahasa sopan dan kasar terhadap seseorang seperti amanah, ikhlas, bercakap benar dan menepati janji dan sebagainya. Justeru kertas kerja ini akan mengenal pasti perilaku berbahasa sopan dan kasar terhadap seseorang dalam peribahasa Melayu, kedua membincangkan sejauh mana masyarakat Melayu dan masyarakat luar dapat memahami nilai kejujuran dan kesopanan yang cuba disampaikan melalui peribahasa Melayu supaya setiap ahli masyarakat yang berurusan di dunia Melayu dapat mengamalkan sikap hormat menghormati dalam segala perkara supaya dapat mempamerkan perilaku yang bermaruah dan bertindak berlandaskan undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai mulia. Data kajian dikumpul daripada teks peribahasa Melayu. Data yang dipilih dianalisis menggunakan pendekatan sosiolinguistik dan pragmatik.


Download File

[img] Microsoft Word
ID 11742.doc
Restricted to Repository staff only

Download (174kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subject: Proverbs, Malay
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Perilaku berbahasa, Peribahasa Melayu
Depositing User: Samsida Samsudin
Date Deposited: 14 Apr 2011 07:55
Last Modified: 08 Nov 2013 08:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11742
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item