Simple Search:

Prof. Dr. Ahmad Ismail presiden PPAUPM baru


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Prof. Dr. Ahmad Ismail presiden PPAUPM baru. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 28 Mac – Profesor Jabatan Biologi Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Ahmad Ismail dilantik sebagai presiden Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (PPAUPM) berkuatkuasa 3 Mac 2001 yang lalu. Menurutnya, antara cabaran pertama yang dilakukan adalah berusaha menggembeling seluruh pegawai akademik agar bergerak proaktif mencapai matlamat yang digariskan dalam Pelan Strategik 2011-2013 UPM. “Apa yang lebih penting kita mahu memastikan kebajikan pegawai akademik terbela dan mereka semua berada dalam keadaan selesa ke arah mencapai wawasan universiti,” katanya ketika dihubungi. Di samping itu beliau juga mahu aktiviti PPAUPM di peringkat fakulti dan universiti dipertingkatkan selain menambah bilangan ahli dalam persatuan itu. Mesyuarat Agung PPAUPM yang bersidang pada 3 Mac lalu turut melantik Dr. Sarjit Singh Darshan Singh dari Fakulti Ekologi Manusia, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan UPM , sebagai timbalan presiden. Selain itu, beberapa muka baru turut dilantik untuk menjawat jawatan exco iaitu Dr. Muhammad Taufik Abdullah dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Jabatan Multimedia, Dr. Puteri Edorayati (Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian) dan Dr. Norida Mazlan (Jabatan Teknologi Pertanian, Fakulti Pertanian). PPAUPM mempunyai keahlian seramai 600 orang yang terdiri daripada kakitangan pegawai akademik dan ia telah ditubuhkan sejak 1976 dengan matlamat untuk memajukan kepentingan dan kebajikan staf akademik di UPM.


Download File

[img]
Preview
PDF
Presiden_PPAUPM.pdf

Download (51kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 11 Apr 2011 01:48
Last Modified: 27 May 2013 07:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11675
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item