Simple Search:

Pelajar FBMK Anjur Promosi Filem ‘Cun’ 2011


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pelajar FBMK Anjur Promosi Filem ‘Cun’ 2011. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 28 Mac– Pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan majlis promosi khas filem Cun! 2011 bagi memenuhi keperluan kursus Strategi Perhubungan Awam untuk mempromosikan filem itu. Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran dua artis iaitu Maya Karin dan Remy Ishak yang ditemu bual melalui stesen radio Putra FM. Seramai 200 pengunjung ke FBMK yang terdiri daripada pelajar dan peminat di seluruh Selangor. “Saya gembira dapat bertemu pelajar-pelajar UPM kerana merekalah generasi yang akan menggerakkan industri seni pada masa depan. Mereka perlu diserapkan semangat mencintai filem tayangan yang dihasilkan oleh penggiat seni tanah air,” kata Maya Karin. “Dengan adanya promosi seperti ini, saya juga dapat mendekati serta bermesra dengan mereka. Hubungan akrab antara peminat dan artis amat penting kerana merekalah yang menentukan sejauh mana kedudukan kita dalam industri,” kata Remy Ishak. Filem Cun! terbitan Tayangan Unggul arahan Osman Ali itu ditayangkan di pawagam bermula pada 31 Mac 2011.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pelajar_FBMK_Anjur_Promosi_Filem_‘Cun’_2011.pdf

Download (104kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 07 Apr 2011 04:19
Last Modified: 27 May 2013 07:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11600
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item