Simple Search:

Pelajar FPSK Anjur Youthful Health Tingkat Kesedaran Kesihatan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pelajar FPSK Anjur Youthful Health Tingkat Kesedaran Kesihatan. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG– Bagi memupuk kesedaran tentang isu kesihatan dalam kalangan pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif menganjurkan program Youthful Health 2011 bertemakan ‘Fitness Starts from Me’. Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UPM, Prof. Dr. Norlijah Othman berkata, program selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Mac, 2011 itu bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran selain meningkatkan pengetahuan mengenai kesihatan terutamanya kepada pelajar. “Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada pelajar FPSK selaku penganjur program ini untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di dalam kelas dan berkongsi pengetahuan bersama warga UPM,” pada majlis perasmian program itu di sini. Pengarah program, Koh Yee Ching berkata program itu tertumpu kepada kecerdasan fizikal serta mental bagi merangsang masyarakat membina komuniti yang sihat di Malaysia. Majlis penutupan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan. Antara aktiviti menarik program itu termasuk pameran kesihatan, derma darah serta pemeriksaan kesihatan untuk tulang dan payudara. Dua seminar bertajuk ‘Campus Life – Strive for Excellence in 3S’ dan ‘Doctor – Patient – Story of A Survivor’ serta forum bertajuk ‘Are You Mentally Healthy?’ turut menjadi pengisian program itu. Selain itu, pertandingan ‘Mr. Fitness of UPM Contest 2011’ yang turut diadakan memberi kemenangan kepada Chan Chiun Kit, pelajar Sains Gunaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.


Download File

[img]
Preview
PDF
Youthful_Health.pdf

Download (128kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 05 Apr 2011 14:43
Last Modified: 27 May 2013 15:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11534
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item