UPM Institutional Repository

GIS Day beri ruang pelbagai sektor tingkat sistem GIS


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) GIS Day beri ruang pelbagai sektor tingkat sistem GIS. [UPM News]

Abstract

SERDANG– Program Geographical Information System (GIS) Day 2011 memberi ruang kepada golongan profesional dalam sektor kerajaan, swasta dan akademik untuk berkongsi idea dan tenaga pakar bagi menambah baik sistem GIS. Penasihat Malaysian Remote Sensing & GIS Society Student Chapter (MRSGISSC), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff berkata, program itu bertujuan mengemaskini aplikasi terbaru dalam sistem GIS untuk dilaksanakan berdasarkan polisi yang bersesuaian. “Selain itu, program tahunan ini bertujuan mengenalpasti kesan sistem GIS kepada perniagaan, individu dan masyarakat bagi menentukan hala tuju negara dalam memperluaskan penggunaan sistem ini,” katanya pada majlis perasmian program di sini. Antara aktiviti program termasuk syarahan umum bertajuk ‘GIS for 1 Malaysia’ oleh Penasihat Malaysian Remote Sensing & GIS Society Student Chapter (MRSGISSC) dan ‘Role of Private Industries in Nurturing 1 Malaysia Concept’ oleh Pengarah Urusan Teknologi Geomatika, Mohaizi Mohamad. Dua pembentangan daripada Science and Technology Research Institute for Defence (STRIDE), Geo Spatial Solutions Sdn Bhd dan Hydro Navigation, turut menjadi pengisian program itu. Selain itu, terdapat juga pameran daripada agensi lain selaku penganjur bersama untuk program ini seperti Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), SIRIM Berhad, dan Hydro Navigation. GIS merupakan sistem untuk mendapat, menyimpan, menganalisis, mengurus dan membentang data yang berkaitan dengan lokasi yang boleh digunakan dalam bidang arkeologi, geografi, kartografi, rekabentuk lanskap dan pelbagai lagi.


Download File

[img]
Preview
PDF
GIS_Day.pdf

Download (116kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 05 Apr 2011 06:31
Last Modified: 27 May 2013 07:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11533
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item