UPM Institutional Repository

Komposisi Nutrien, Aktiviti Antioksidan Total Dan Kesan Antikanser Ekstrak Tumbuhan Amaranthus Gangeticus, Coleus Blumei Dan Coleus Atropurpureus.


Citation

Abdullah Sani, Huzaiman (2002) Komposisi Nutrien, Aktiviti Antioksidan Total Dan Kesan Antikanser Ekstrak Tumbuhan Amaranthus Gangeticus, Coleus Blumei Dan Coleus Atropurpureus. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menentukan kandungan nutrien, aktiviti antioksidan serta kesan anti kanser tiga jenis tumbuhan iaitu bayam merah (Amaranthus gangeticus Linn), ati-ati (Coleus blumei Benth) dan ati-ati merahl besar (Coleus atropurpureus Benth). Pemilihan adalah berdasarkan penggunaannya sebagai makanan dan ubatan tradisional di Malaysia. Bagi analisis proksimat, mineral dan vitamin A, kaedah adalah merujuk kepada AOAC (1984) dan data-data yang diperolehi dibandingkan dengan sawi (brassica juncea) dan bayam putih (Amaranthus viridis) (Tee et aI., 1997). Keputusan menunjukkan A. gangeticus mengandungi kandungan protein (2.7%) dan abu (3.1%) yang tinggi. Kandungan karbohidrat (4.6%) dan lemak (6.6%) pula didapati tinggi pada C. atropurpureus. Bagi kandungan mineral (AOAC, 1984), didapati A. gangeticus mempunyai kandungan mineral yang tinggi terutamanya kalsium iaitu iaitu sebanyak 160. 98mg/100g dan ferum (88.51 mg/100g). Kandungan kalium, natrium dan vitamin A bagi A. gangeticus, C. blumei dan C. atropurpureus pula didapati rendah berbanding sawi dan bayam putih manakala jumlah kandungan serat bagi ketiga-tiga tumbuhan tersebut tidak jauh berbeza dengan jumlah kandungan serat bagi sawi dan bayam putih. Bagi


Download File

[img] PDF
FPSK_M_2002_8_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Call Number: FPSK(M) 2002 8
Chairman Supervisor: Professor Madya Asmah Rahmat, PhD
Divisions: Faculty of Medicine and Health Science
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 18 Jul 2011 03:16
Last Modified: 17 Sep 2014 08:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11241
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item